Isu dunia Islam adalah isu aqidah, bukan sekadar kemanusiaan

 

MENAFIKAN bahawa pertembungan yang sedang berlaku di pelbagai sudut dunia Islam hari ini sekadar pertembungan bersifat isu-isu tempatan atau kemanusiaan semata-mata adalah kehendak orang kafir dan mereka yang berniat buruk terhadap Islam itu sendiri.

 

 

Itulah kesimpulan yang dibuat oleh Syed Qutub Rahimahullah dalam Tafsir Fi Zilal ketika menafsirkan ayat 120 Surah al-Baqarah:

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).”

Al-Tabari menyebut dalam ayat ini Allah swt ingin mengajar Nabi Muhammad dan umat Islam ketika itu bahawa usaha mereka untuk menyelesaikan konflik dengan yahudi, rom atau kafir Quraish itu dengan pelbagai cara hujah, diplomasi bagi mendapat redha mereka tidak akan berjaya kerana yang mereka musuhi adalah aqidah yang engkau anuti. Hakikat kehendak mereka adalah hanya mahu engkau tinggalkan aqidah yang sedang engkau anuti.

Syed Qutb pula menjelaskan dalam tafsirnya mengapa musuh Islam begitu bersungguh menggambarkan pertembungan ini dengan berbagai warna atau sebab yang lain. Ini kerana mereka tahu apabila umat Islam menyedari ini adalah pertembungan aqidah ia akan menyalakan semangat jihad berasaskan aqidah dalam setiap jiwa mukmin. Mereka sangat gerun dengan kebangkitan umat berasaskan aqidah.

 

 

Oleh sebab itu mereka bersungguh mewarnakan pertembungan ini sekadar kononnya isu ekonomi, mempertahankan tanah air, membela nasib mereka yang dizalimi dan pelbagai alasan lainnya. Mereka sering menggambarkan pertembungan berasaskan aqidah adalah sejarah lapok yang sudah basi.

Lebih menyedihkan lagi apabila menyaksikan sebahagian umat Islam termakan dengan seruan ini sehingga tanpa segan silu menyatakan ia isu kemanusiaan semata-mata. Hakikatnya bila dia bersikap sedemikian mereka sedang menghina dan meremehkan umat Islam yang menyerahkan darah demi pertahankan aqidah mereka.

Lebih teruk lagi ada yang tergamak mengutuk sendiri saudara seIslam yang sedang bermandi darah dengan menyatakan ini terjadi kerana orang Islam di sana bersifat ekstrimis dan melawan.

Sedarlah bahawa asas kebangkitan umat Islam hari ini adalah kembali menyedari bahawa segala pertembungan yang berlaku dalam dunia Islam pada hari ini adalah berdasarkan aqidah. Hanya dengan menyedari asas pertembungan aqidah inilah akhirnya membawa umat Islam kembali bersatu kerana merasakan penentangan itu berlaku atas aqidah yang juga dipegang oleh diri kita semua.

Maka pertahankan aqidah kerana ia yang paling berharga dalam hidup kita.

قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ

Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”

Muhammad Firdaus bin Zalani
Pegawai Penyelidik MUIS

Sumber: muis.org.my

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts