DAP tidak perlu menghantar calon bertanding untuk pecahbelahkan kesatuan dan kesepakatan orang-orang Melayu atau muslim di Tanjung Piai. MCA sudah berperanan bagi pihak parti itu.
Parti rasis cauvinis itu juga tahu bahawa sekiranya calon Bersatu menang sekalipun, dominasi DAP di Parlimen dan Kerajaan PH tidak akan tergugat sedikitpun.
Akan tetapi kedua-dua parti rasis cauvinis DAP dan MCA sangat terancam sekiranya calon yang dipilih oleh para pengundi Tanjung Piai adalah calon muslim yang berwibawa, tegas dalam berprinsip dan berani mempertahankan kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu di Parlimen.
Kenyataan calon MCA yang terang-terang menolak dan membantah kedaulatan Syariah Islam di Malaysia adalah satu pernyataan sikap yang turut dikongsi oleh DAP dari segi sentimen.
Kedua-dua parti itu sentiasa sepakat dan senada dalam perkara ini, tanpa perlu tandatangan apa-apa perjanjian, memorandum, Ta’awun atau Tahaluf. Kedua-duanya juga tidak pernah berbalah dalam urusan-urusan yang menyentuh kepentingan orang-orang Cina.
Isu calon MCA ini bukan lagi soal menjaga persetujuan antara parti-parti politik atau untuk hindarkan pecah belah atau untuk menunjuk siapa yang lebih ‘tidak rasis’ atau taat kepada keputusan pucuk pimpinan atau memberi peluang kepada mana-mana calon untuk menguji penerimaan masyarakat terhadapnya.
Pendirian seperti ini juga tidak boleh dianggap sebagai pandangan peribadi atau kebebasan dalam amalan demokrasi.
Kehadiran Berjasa pula di saat-saat akhir menjelang penamaan calon dalam PRK Tanjung Piai tidak berlaku dalam sekelip mata.
Berjasa (dengan segala kekurangan, keterbatasan dan rintangan) terpaksa bangun dan tampil ke hadapan demi satu prinsip yang konsisten dari dahulu – yakni kedaulatan Islam, kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu serta keadilan sosial mesti dibela dan dipertahankan, berdasarkan nilai-nilai Syara’.
Prinsip yang sama pernah dipersaksikan di dalam PRU13 yang lalu. Slogan yang kini diguna pakai oleh parti-parti lain hari ini iaitu ‘Undilah Calon Muslim Berwibawa” dirintis dan dipelopori oleh parti Berjasa sebenarnya.
Dalam pemerhatian saya, Berjasa telah membuka jalan bagi rakyat dan para pengundi khususnya umat Islam dan bangsa Melayu bahawa kuasa penentu untuk menghantar wakil rakyat yang benar-benar berprinsip dan berwibawa terletak pada diri mereka dan di tangan mereka sendiri.
Mereka bertanggungjawab terhadap pilihan mereka dan wakil yang dilantik juga turut bertanggungjawab.
Sekiranya wakil yang dihantar ke Parlimen adalah seorang yang kuat penentangannya terhadap Syariat Allah, pengundi-pengundi Tanjung Piai lah yang bertanggungjawab.
Sekiranya wakil yang dihantar ke Parlimen adalah seorang yang sekadar menjadi Pak Turut dan tidak berani mencabar pihak yang kuat penentangannya terhadap Syariat Allah, pengundi-pengundi Tanjung Piai jugalah yang bertanggungjawab.
Sekiranya wakil yang dihantar ke Parlimen adalah seorang yang kuat berpegang kepada prinsip, bertegas melawan mana-mana pihak yang cuba menzahirkan penentangan terhadap Islam dan Syariat Allah, maka pengundi-pengundi Tanjung Piai telah membuat keputusan yang diberkati.
Dan tangan-tangan mereka layak dikucupi.
Muhammad Luttfi Abdul Khalid
Pengerusi Ikatan Peguam-Peguam Muslim malaysia
(iPeguam)
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)