Telaga air zam-zam pam 11 liter sesaat

Etiquettes of Drinking ZamZam Water

 

JEDDAH – Telaga air zam-zam yang menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia dilaporkan mampu mengepam antara 11 hingga 19 liter air sesaat.

Presiden Tinjauan Geologikal Arab Saudi, Zuhair Nawab berkata, pada tahun 2010, kerajaan telah mengumumkan satu projek besar untuk membersihkan air zam-zam dengan bajet sebanyak SR700 juta.

Katanya, kilang itu telah dibina berhampiran Masjidil Haram untuk kemudahan jemaah.

“Kilang air Zam-zam Raja Abdullah menghasilkan 200,000 botol air sehari dan meningkatkan pengeluaran pada bulan Ramadan dan haji musim,” katanya.

Nawab berkata, terdapat kajian yang dijalankan oleh Arab Saudi untuk membolehkan negara itu menyediakan air zam-zam ke Mekah dan Madinah sepanjang tahun.

Dilaporkan kaji selidik itu telah menubuhkan sebuah pusat penyelidikan khusus untuk air zam-zam yang bertujuan untuk memastikan air tersebut  dihidang dengan berkualiti terbaik.

Selain itu Nawab berkata, telaga air zam-zam ini adalah satu sejarah kerana ia mengubah Mekah sebuah bandar gurun dan kering kepada tanah yang mempunyai populasi.

Katanya, orang dari selatan Semenanjung Arab akan datang ke Mekah mengambil air Zam-zam untuk keluarga dan rakan-rakan.

“Keluarga tertentu di Mekah akan mengambil alih tanggungjawab mencurah air Zam-zam untuk semua orang yang melawat telaga itu. Tanggungjawab itu menjadi tradisi keluarga.,” katanya.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/06/telaga-air-zam-zam-pam-11-liter-sesaat/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts