Utamakan barangan dan kedai Muslim: Khutbah

 

MEMPERKASAKAN ekonomi dengan merancang kewangan dan gaya hidup sebagai kekuatan maruah dan harga diri umat Islam.

Dalam espek memperkasakan ekonomi umat Islam, seharusnya menyokong pembuatan dan pengeluaran produk keluaran muslim.

Namum dalam masa yang sama tidak menafikan kebebasan bukan muslim untuk menjual produk mereka asalkan mematuhi syariat Islam.

Perlu diingatkan bahawa kuasa pembeli di negara ini, dimonopoli orang Islam.

Tiada istilah memboikot atau mengenepikan produk bukan Islam tetapi orang Islam lebih tahu kaedah pembuatan dan penghasilan sesuatu produk yang halal bahkan jauh lebih suci.

Rasulullah SAW sendiri memuji kaum al-‘Sy’ariyin sentiasa mengutamakan kaumnya sendiri dalam apa jua keadaan. Sebagai contohnya, sewaktu dalam peperangan yang mengakibatkan kekurangan bekalan makanan. Mereka telah mengumpul bekalan dan mengagihkan secara sama rata.

 

 

Ini bukanlah bermaksud mengamalkan assabiyyah tetapi mengutamakan produk sesama Muslim yang jelas halal lagi suci.

Tanggungjawab Muslim terhadap Muslim adalah:-

1. Bantu tingkatkan dan suburkan ekonomi umat Islam.

2. Semai perpaduan dalam kalangan umat Islam.

3. Pasarkan produk industri kecil sederhana dengan lebih luas lagi.

4. Peniaga dan usahawan Muslim dapat membantu mereka yang lain melalui zakat, sedekah dan lain-lain.

5. Hasil keuntungan disalurkan kepada umat Islam yang lain menerusi pusat-pusat pengajian, tahfiz, pondok, rumah anak yatim dan sebagainya.

Semoga kita beroleh panduan dan rujukan bersama. Amen.- Jab. Hal Ehwal Agama Terengganu

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts