2020 tahun UPSI imarah jawi

 

KUALA LUMPUR – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan mengimarahkan tulisan jawi di kedua-dua kampusnya iaitu Kampus Sultan Azlan Shah di Proton City dan Kampus Sultan Abdul Jalil Shah bermula tahun depan, sebagai usaha mengangkat aksara itu sebagai warisan bangsa di negara ini.

Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, UPSI akan membantu Kementerian Pendidikan menyemarakkan tulisan jawi, selaras dengan sejarah penubuhan universiti itu yang memperjuangkan bahasa dan kesusasteraan Melayu sejak tahun 1920-an lagi, iaitu di zaman Sultan Idris Training College (SITC).

Justeru katanya, UPSI akan memeriahkan kampus dengan tulisan jawi selain memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

 

 

“Saya menggalakkan semua kain rentang program pelajar dan papan tanda dimasukkan tulisan jawi serta program-program pengimarahan tulisan jawi di kolej-kolej kediaman serta fakulti supaya tulisan ini diperkasakan sebagai warisan bangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berpandangan kemerosotan minat generasi hari ini terhadap tulisan jawi harus dipulih dan digalakkan terutama di UPSI, institusi melahirkan pendidik yang akan mengajar di sekolah-sekolah di seluruh negara.

Tambahnya, di UPSI sendiri, terdapat kursus minor penulisan jawi di bawah program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu, Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, yang setiap pelajar wajib lulus kursus kemahiran jawi. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Sikap bermuka-muka

  1. Al-Imam al-Bukhari merekodkan perbualan beberapa orang lelaki yang bertanya kepada Saidina Abdullah bin Umar tentang sikap…