Santai berbuka puasa di padang

 

Putrajaya: Kawasan lapang di depan Kompleks Perbadanan Putrajaya (PPj) di Presint 3 di sini, menjadi tumpuan orang ramai berbuka puasa dalam suasana santai bersama keluarga dan rakan.

Tinjauan mendapati kebanyakan mereka membawa juadah dari rumah dan tidak kurang membeli makanan di bazar Ramadan berdekatan.

Pengunjung juga boleh memilih hidangan yang disediakan beberapa trak makanan sempena Festival Ramadan Putrajaya 2016.

Orang ramai bukan saja dari Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, malah dari kawasan berdekatan mula membanjiri padang berkenaan seawal 6 petang bersama keluarga dan rakan-rakan dengan membawa tikar sebagai alas duduk bagaikan berkelah.

Pengunjung, Hamimah Hamisan, 28, berkata berbuka puasa di padang sambil berkelah dapat mengeratkan lagi hubungan mereka adik beradik.

“Masing-masing bekerjaya dan jarang dpaat meluangkan masa bersama, jadi kami pilih padang di sini untuk berkumpul dan berbuka puasa bersama untuk mengukuhkan persaudaraan.

“Berbuka puasa di luar memberi kelainan yang tidak ada di tempat lain dan ia seperti berkelah beramai-ramai dengan suasana yang cukup meriah,” katanya.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/144502

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts