Isu jawi: Umat Islam tak teragak adakan himpunan `raksasa’

 

BANGI – Umat Islam tidak akan teragak-agak untuk mengadakan himpunan 10 kali ganda lebih besar.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya membangkitkan perkara itu kerana menganggap pertubuhan rasis Dong Jiao Zong, sengaja mencabar orang Melayu dengan menganjurkan Kongres Organisasi Cina bagi membantah pengajaran tulisan jawi.

Beliau berkata, beberapa para pemimpin Islam negara ini juga telah menggesa supaya kongres berkenaan tidak diteruskan demi kebaikan bersama.

“(Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengingatkan kepada Dong Zong (Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia), jangan teruskan himpunan antijawi.

“Malah, NGO (badan bukan kerajaan) Islam juga sudah membuat laporan polis beramai-ramai. Sampai Mujahid (Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof) Menteri Agama pun cakap jangan teruskan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kongres Organisasi Cina dijadual diadakan pada 28 Disember ini kononnya untuk membantah garis panduan pengajaran tulisan jawi terkini oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

 

 

Kongres itu bertujuan menggesa kerajaan membatalkan pengajaran tiga muka surat tulisan jawi di sekolah vernakular.

Garis panduan baharu oleh kementerian membenarkan ibu bapa memutuskan sama ada pengajaran itu boleh diperkenalkan di sekolah dan pengajaran akan diteruskan jika lebih dari separuh ibu bapa murid bersetuju.

Dong Zong tidak bersetuju dengan syarat itu kerana dilihat akan menimbulkan perselisihan dan menyebabkan ketidakharmonian antara ibu bapa berbeza kaum yang menghantar anak mereka ke sekolah vernakular.

Kumpulan pendesak itu menegaskan bahawa lembaga pentadbir sekolah sepatutnya diberi kuasa untuk memutuskan mengenai pelaksanaan pengajaran tiga muka surat tulisan jawi yang dijadualkan bermula tahun depan untuk murid tahun empat.

Justeru, Haji Aminuddin juga pada masa sama mengingatkan Dong Zong supaya menghentikan niat untuk meneruskan kongres berkenaan demi kebaikan bersama.

“Jika Dong Zong masih berkeras untuk teruskan himpunan tersebut, bermakna memang mereka pandang hina dan mencabar kesabaran orang Melayu,” tegasnya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts