Keperluan tenaga kerja Industri Halal

 

1. MANUSIA itu ada 4 keperluan; jasad, akal, emosi dan ruh. Apabila kesemua keperluan ini dipenuhi haknya, prestasi manusia akan menjadi tak terbayangkan.

2. Katakan anda bekerja di sebuah syarikat Halal. Secara jasadnya, anda menerima gaji yang tinggi. Secara akalnya pula, pekerjaan anda selalu memberi ilmu yang bermanfaat. Semakin lama kerja, semakin tinggi ilmu pengetahuan. Secara emosi pula, majikan anda selalu mengambil berat terhadap anda. Secara ruh pula, anda mempunyai matlamat yang cukup besar iaitu menyebarkan keindahan Halal kepada seluruh alam.

3. Bila keempat-empat ini dipenuhi, anda sentiasa bermotivasi untuk datang kerja dan berkhidmat. Kadang-kadang, anda sanggup kerja sampai lewat malam demi menjayakan sebuah agenda besar. Rakan sekerja anda pun termotivasi melihat anda.

 

 

4. Walaupun industri Halal menjanjikan pulangan ringgit yang lumayan, kita tetap tak dapat nafikan kepentingan memiliki ideologi yang jelas, iaitu perjuangan Halal ini adalah dakwah, untuk pembangunan ummah dan menempah Jannah. Bisikkan ideologi ini setiap kali melangkah ke tempat kerja. Moga Allah menghitungnya sebagai amal soleh yang besar, walaupun anda hanya seorang eksekutif Halal yang bergaji rendah.

5. Boleh jadi, pahala kerja seorang pekerja bawahan jauh lebih besar berbanding seorang pengurus besar, hanya disebabkan niat yang disematkan ketika kerja, walaupun jurang gaji antara mereka amat besar. This is the power of ruh, niat and ideology.

6. Rugilah mereka yang pergi kerja dengan niat mendapatkan bread and butter semata. Bekerjalah atas ideologi yang besar, moga anda mendapat manfaat berlipat, dunia dan akhirat. – Fb Bilal Jailani

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts