Boleh syor ubah jantina jadi kesalahan jenayah

 

BANGI – Walaupun dalam aspek undang undang tiada peruntukan jelas mengubah jantina adalah jenayah, namun tetap tidak sesuai dalam sistem sosial dan budaya kita, tegas pakar Perlembagaan, Prof Dr Shamrahayu Ab Aziz.

Beliau yang juga Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIAM) berkata, tindakan mengubah jantina sangat bertentangan dengan norma masyarakat, agama, falsafah negara dan budaya negara ini. 

“Sebab itu dalam undang undang kita tak pinda nama atau jantina dalam kad pengenalan. Jadi sama ada kita mahu menjenayahkan pengakuan individu yang mendakwa berbeza jantina itu, saya fikir kita perlukan perbincangan. 

“Setakat ini belum ada undang-undang untuk perkara itu. Dari segi undang-undang sedia ada, seseorang yang mengaku dirinya berbeza jantina, mereka tak dibenarkan untuk menukar apa-apa legal document, seperti kad pengenalan,” katanya dalam program Cakap Serupa Bikin yang disiarkan di TV Pertiwi, malam ini.

Mengulas lanjut berkenaan cadangan ‘menjenayahkan’ perbuatan mengubah jantina, Prof Shamrahayu berkata, jika melihat undang-undang asal Kristianiti yang berkaitan dengan liwat dan homoseksualiti, hukumannya adalah sangat berat.

“Hukuman dia adalah bunuh. Kemudian ditukar kepada hukuman penjara, kemudian semakin lama sampai menghalalkan perkara itu,” katanya.

 

 

Malangnya, kata Prof Shamrahayu, konsep hak asasi acuan Barat yang baharu meletakkan nilai asasi kepada kecenderungan dan kemahuan intelektual manusia.

Ia tidak pula meletakkan kepentingan atau kepercayaan agama, menjadikan kebebasan mereka adalah berdasarkan nafsu semata-mata, katanya.

“Manusia yang jadi sandaran kepada hak asasi. Jadi ini yang menyebabkan berubah-ubah dari hukuman mati sampai hukuman pemenjaraan, kemudian sampai menghalalkan perkahwinan sejenis. 

“Kemahuan manusia ini, kalau dalam Melayu boleh diibaratkan seperti beri betis hendak paha. Sebab itu dalam konteks Islam ada Saddu Dzari’ah. Yang mana kita tutup ruang. Lakukan pencegahan agar tidak terjadi sesuatu yang menimbulkan kesan negatif. 

“Dalam konteks Islam, hak asasi itu bersandarkan wahyu, hak asasi itu hendaklah sesuai dengan keadaan. 

“Keadaan itu termasuk dengan sosiobudaya, penerimaan masyarakat. Masalah kita sekarang adalah mereka yang menolak agama,” katanya.- Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts