Umat Islam Orlando bimbang tindak balas kejadian di kelab LGBT

imam-florida

 

ORLANDO, – Umat Islam di sini, kini hidup dalam kebimbangan kemungkinan tindak balas berikutan pembunuhan beramai-ramai 50 pengunjung kelab malam lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) oleh Omar Mateen, Ahad lalu.

Kebimbangan itu ditambah lagi dengan komen oleh calon Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang menimbulkan sentimen anti-Islam.

“Mungkin seseorang akan datang. Orang gila seperti lelaki itu yang membunuh ramai orang di pusat bandar Orlando.

“Mungkin muncul lain lelaki gila yang lain dan menembak masyarakat. Ini yang menakutkan dan membimbangkan,” kata Imam Masjid Central Florida, Mohamed Nur.

Kalima Ali, seorang jemaah masjid itu pula berkata, kesan serangan ke atas kelab malam Pulse dirasai oleh umat Islam di seluruh dunia.

“Malangnya, orang yang melakukan perbuatan buruk dan menakutkan itu tidak menyedari kesan kepada umat Islam di Orlando, serta umat Islam di seluruh dunia.

“Orang itu tidak memahami Islam yang sebenarnya. Kami telah berusaha untuk menunjukkan apa makna Islam yang sebenar-benarnya dan kini dia memusnahkannya,” katanya.

Mengulas kejadian yang turut mencederakan puluhan pengunjung kelab itu, Trump mengulangi kata-katanya untuk melarang umat Islam daripada berhijrah ke AS, jika dipilih menjadi Presiden.

“Kita tidak boleh terus membenarkan ribuan orang memasuki negara kita, yang kebanyakannya mempunyai proses pemikiran sama seperti pembunuh ganas ini,” katanya.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/06/umat-islam-orlando-bimbang-tindak-balas-kejadian-di-kelab-lgbt/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts