Isu akidah dalam Perhimpunan Hari Wanita

 

1. DALAM keghairahan memperjuangkan hak wanita, ada aktivis yang diberikan ruang untuk menyampaikan persembahan puisi yang dibimbangi melibatkan isu akidah buat umat Islam. Persembahan berjudul “Dear God” menampilkan bait-bait puisi yang mengimpikan atau membayangkan sekiranya Tuhan itu adalah seorang wanita (Dear God, if you were a women..)

2. Buat Muslim, Rasulullah ﷺ menasihatkan kita agar sentiasa berhati-hati dalam melontarkan dan memilih kata-kata yang dibimbangi boleh memberikan kesan kepada isu akidah dalam keadaan mereka tidak sedar. Sabda Rasulullah ﷺ:

إِنَّ الرَّجُلَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ لَا يَرَى بِهَا بَأْسًا يَهْوِي بِهَا سَبْعِينَ خَرِيفًا فِي النَّارِا

“Seorang lelaki mengucapkan satu kalimah yang dia tidak merasakan apa-apa masalah dengannya (memandang remeh dengan kalimah tersebut), yang mana ianya boleh membawanya kepada tujuh puluh jarak neraka.” (HR al-Tirmizi)

3. Dalam menghuraikan hadith ini, al-Imam al-Mubarakfuri menjelaskan bahawa terdapat sebahagian manusia yang memandang remeh perkataan yang diucapkannya sehingga dia tidak menyangka perkataan tersebut menjadi penyebab kepada dia dihumban ke neraka. (Tuhfah al-Ahwazi)

 

 

4. Al-Imam Ali al-Qari pula meriwayatkan hadith berhubung kecaman Rasulullah ﷺ terhadap mereka yang bercakap bagi tujuan bergurau tanpa menilai dahulu kesan ucapan tersebut barangkali tidak sesuai untuk dijadikan bahan gurauan. Sabda Rasulullah ﷺ:

إِنَّ الْعَبْدَ لَيَقُولُ الْكَلِمَةَ لَا يَقُولُهَا إِلَّا لِيُضْحِكَ بِهِ النَّاسَ، يَهْوِي بِهَا أَبْعَدَ مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ،

“Seorang hamba mengucapkan perkataan bagi tujuan bergurau (untuk digelak) sedangkan perkataan tersebut boleh membawanya ke neraka yang jarak keduanya antara langit dan bumi.” (Mirqa al-Mafatih)

5. Perbahasan berkenaan zat Tuhan pula telah dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran bahawa Tuhan itu adalah satu dan ia bukannya seperti makhluk yang mempunyai jantina atau mempunyai keluarga. Perkara ini sering kita lafazkan dalam Surah al-Ikhlas yang terangkum di dalamnya sifat tentang Allah.

6. Amat membimbangkan sekiranya Muslim berfikir dengan kerangka pemikiran Liberal sehingga akal mereka liar menerawang tanpa menjadikan al-Quran dan hadith sebagai panduan hidup mereka.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Majlis Ulama ISMA

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts