Solat hajat serentak pada Jumaat selepas Zohor

KUALA LUMPUR: Seluruh umat Islam di negara ini disaran mengadakan solat hajat serentak pada hari Jumaat (esok) selepas solat Zohor untuk kesejahteraan rakyat negara ini dalam berdepan wabak COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri berkata solat hajat itu boleh dilakukan di rumah dan tempat masing-masing.

Menurut Dr Zuklifli, beliau telah dititahkan oleh Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri`ayatuddin Al-Mustafa Billah Syah untuk mencadangkan tarikh yang sesuai untuk melaksanakan solat hajat tersebut.

“Berdasarkan taakulan saya dengan ilham daripadaNya, tarikh yang sesuai bagi cadangan pelaksanaan solat hajat serentak di seluruh negara adalah pada hari Jumaat (esok) selepas solat Zohor di rumah dan tempat masing-masing,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Dr Zulkifli, umat Islam juga disaran memenuhi hari Jumaat dengan zikrullah, taubat dan munajat kepada Allah. – Astro Awani

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts