WAFIQ bantah promosi agensi pelacuran

 

1. PERTUBUHAN NGO Wanita Islam yang dikenali sebagai WAFIQ membantah keras promosi secara halus yang yang dipamerkan oleh Malay Mail melalui tajuk berita mereka. Menurut WAFIQ, tajuk berita yang diterbitkan oleh Malay Mail itu seakan secara tidak langsung cuba memberi imej positif buat agensi pelacuran Sugar Baby.

2. Saranan yang dikeluarkan oleh WAFIQ (NGO Wanita Muslimah) ini sangat bertepatan dengan saranan Islam. Rasulullah berusaha mencegah Muslim dari sebarang pintu yang membuka ruang kepada promosi maksiat.

3. Perkara ini pernah dijelaskan oleh al-Imam al-Mawardi yang menyebutkan :

والرابع : أن لا يتظاهروا بشرب خمورهم، وخنازيرهم، ولا يسقوا مسلماً خمرا

“dan syarat yang keempat (buat ahli zimmah/non Muslim yang mendiami dibawah naungan Muslim) adalah mereka tidak menzahirkan aktiviti minum arak mereka, begitu juga dengan khinzir mereka, dan tidak boleh non Muslim untuk memberi Muslim arak.” (al-Mawardi, al-Hawi al-Kabir, (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah), Jil 14, m/s 318; )

4. Perhatikan bagaimana telitinya sarjana Muslim terdahulu mengawal aktiviti mungkar ini. Biar pun non-Muslim dibenarkan minum arak, tetapi mereka tidak boleh menzahirkan aktiviti mereka. Begitulah juga sekiranya agensi pelacuran Sugar Baby ini didaftarkan khas untuk non-Muslim, mereka sepatutnya tidak menzahirkan kewujudan mereka yang boleh secara halus memberi promosi kepada aktiviti mereka.

 


5. Saidina Abu Said al-Ansari juga pernah mendengar hadith bahawa Rasulullah ﷺ menasihatkan para wanita supaya mengasingkan sedikit laluan perjalanan mereka ketika pulang dari masjid. Ini adalah bagi mengelakkan fitnah yang mungkin berlaku. Kata beliau:

روى أَبو أُسَيْدٍ الْأَنْصَارِيّ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ وَهُوَ خَارِجٌ مِنْ الْمَسْجِدِ فَاخْتَلَطَ الرِّجَالُ مَعَ النِّسَاءِ فِي الطَّرِيقِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلنِّسَاءِ اسْتَأْخِرْنَ فَإِنَّهُ لَيْسَ لَكُنَّ أَنْ تَحْقُقْنَ الطَّرِيقَ ( تَسِرْن وسط الطريق )

“Abu Said al-Ansari pernah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda ketika Baginda ﷺ keluar dari masjid, para lelaki dan wanita berselisih (bercampur) dalam perjalanan mereka, lalu Rasulullah ﷺ bersabda: Lewatkan (jauhkan) sedikit langkah kamu, janganlah kamu berjalan dipertengahan jalan (sehingga bercampur lelaki wanita).”

6. Pengasingan laluan antara lelaki dan perempuan ini adalah bagi mengelakkan fitnah yang boleh tercetus dalam hati manusia. Perhatikan bagaimana Rasulullah mengelakkan sahabat dari segala pintu yang boleh mendorong kepada kemungkaran.

7. Pada hakikatnya, mereka yang baru pulang dari Masjid ini pada kebiasaannya jiwa mereka baru selesai melaksanakan beribadah. Hati mereka barangkali masih dalam keadaan tenang. Namun, dalam keadaan baik sebegini pun Rasulullah tetap mengawal segala ruang agar tidak timbul fitnah untuk melakukan maksiat.

8. Begitulah kita pada hari ini. Segala ruang yang boleh mendedahkan kepada mempromosi maksiat haruslah dikawal. Ia adalah maslahah dalam membangunkan masyarakat yang menjauhi kerosakan. Tiada salahnya untuk menderma, tetapi jangan sampai kita promosi kemungkaran.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts