Al-Khatib al-Baghdadi Menegur Ahli Hadis

 

1. Dalam karyanya yang berjudul Jami’ li Akhlak al-Rawi, al-Khatib al-Baghdadi menegur sekumpulan penuntut yang mendakwa diri mereka sebagai ahli hadis. Kata al-Khatib al-Baghdadi:

وقد رأيت خلقا من أهل هذا الزمان ينتسبون إلى الحديث، ويعدون أنفسهم من أهله المختصين بسماعه ونقله، وهم أبعد الناس مما يدعون

“Aku menyaksikan satu kumpulan manusia pada zaman ini yang menisbahkan (mengaitkan) diri mereka dengan hadis (penuntut hadis), mereka menyangka mereka adalah golongan yang memfokuskan diri kepada mendengar dan menyampaikan hadis semata. Namun mereka adalah jauh daripada apa yang didakwa.”

2. al-Khatib al-Baghdadi kemudian menyentuh sikap mereka secara terperinci. Kata beliau:

وهم مع قلة كَتبِهم له وعدم معرفتهم به ، أعظم الناس كبراً وأشد الخلق تيها وعجبا ، لا يراعون لشيخ حرمة ، ولا يوجبون لطالب ذمة ، ويعنفون على المتعلمين خلاف ما يقتضيه العلم الذي سمعوه

“Dan mereka dalam keadaan kurangnya ilmu mereka serta jarang sekali menghasilkan karya tentang hadis, mereka adalah kumpulan manusia yang sombong, amat merasa kagum dengan diri sendiri bahkan tidak menghormati golongan guru (yang tua) dan tidak berlaku baik terhadap penuntut ilmu yang lain bahkan bersikap keras terhadap penuntut yang lain. Dan perkara ini bercanggah dengan ilmu yang mereka dengar iaitu ilmu hadis.” (Jami’ Li Akhlak al-Rawi)

3. Malah al-Khatib al-Baghdadi menegaskan bahawa penuntut ilmu hadis itulah orang yang sepatutnya memiliki adab yang tinggi. Ini kerana mereka sering mendengar hadis dari seorang Nabi yang amat menjaga akhlak. Bacaan hadis-hadis ini sepatutnya melembutkan jiwa mereka. Kata la-Khatib al-Baghdadi:

أن يكون طلبة الحديث أكمل الناس أدباً ، وأشد الخَلْق تواضعاً ، وأعظمهم نزاهة وتديناً ، وأقلهم طيشاً وغضباً ، لدوام قرع أسماعهم بالأخبار المشتملة على محاسن أخلاق الرسول

“(Sepatutnya) penuntut ilmu hadis itu adalah orang yang sangat sempurna adabnya, sangat tawaduk orangnya, sangat tinggi menjaga kesucian agama, sangat kurang marah. Ini semua adalah kerana mereka adalah golongan orang yang sentiasa mendengar hadis-hadis Nabi serta ketinggian akhlak-akhlak Rasulullah.” (Jami’ Bayan al-Ilm)

4. Benar, pasti akan ada perselisihan pendapat dalam perbahasan ilmu. Namun perselisihan tidak seharusnya menjadikan kita meninggalkan adab, memperkecilkan lawan bahkan memburukkan mereka. Perhatikan akhlak al-Imam al-Syafi’i yang menghormati penduduk Iraq yang berpegang kepada Mazhab Hanafi.

Kurangkan perselisihan, cari titik perdamaian.

 

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts