BANGI – Gerakan Kristian Evangelis kini didakwa sedang mempersiapkan golongan pelapis yang terdiri dalam kalangan pelajar agama Islam.
Seorang penceramah yang dikenali sebagai Tuan Nizam mendakwa, gerakan itu bertindak sedemikian kerana mengetahui pada masa hadapan golongan berpendidikan agama semakin ramai dan hanya boleh ditumbangkan oleh mereka yang datang dari aliran sama seperti mereka.
Dakwanya, golongan pelapis ini akan menjadi agen penggerak kepada perjuangan gerakan berkenaan antaranya dalam isu murtad dan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
“Generasi liberal lepas bukan berlatar belakang agama kebanyakannya tetapi pendidikan sekular, tetapi pelapis yang sedang disediakan pada ketika ini mereka datang dari kumpulan yang berasal dari sekolah-sekolah pondok, sekolah agama, tahfiz dan sebagainya.
“Kerana mereka tahu masa depan nanti budak sekolah pondok ramai, jadi nak berhadapan dengan mereka yang mempunyai ilmu agama yang cukup kuat maka dia mesti ada ketumbukan yang sama kuat datang dari sekolah agama juga.
“…(ini sebagai contoh) bekas seorang maahad di Perlis sekarang jadi kepala LGBT Melayu, pejuang LGBT sampai ke tahap bukan kecil-kecil sampai ke PBB, dia bentangkan kes, bentangkan rayuan kepada pihak berkuasa PBB untuk beri tekanan kepada Malaysia sebab kita halang golongan LGBT,” dakwanya dalam satu video yang tular di media sosial.
Video yang dimuat naik oleh pemilik Facebook dikenali sebagai Yunan A Samad pada Jumaat lalu itu sehingga kini telah dikongsi lebih 2.300 kali dan dilihat lebih 24,000 penonton.
Selain itu, Tuan Nizam turut mendakwa, golongan yang mengambil keputusan untuk murtad di negara ini bukan sedikit namun melibatkan jumlah yang ramai.
Dakwanya, cuma undang-undang di negara ini telah menghalang mereka untuk mengisytiharkan kedudukan murtad secara rasmi.
Dakwa beliau lagi, usaha kini sedang giat dijalankan bagi meruntuhkan sistem perundangan Islam di Malaysia bagi membolehkan orang Islam berkahwin dengan bukan Islam tanpa perlu bertukar agama terlebih dahulu.
“Dan nombor dua, dia minta semua undang-undang syariah di Malaysia diruntuhkan satu-satu, dia sedang buat dengan rancak cuma dokumen-dokumen tidak boleh dikeluarkan.
“Dia juga kata ramai orang Melayu, orang Islam ini yang murtad mereka pergi mengaji macam kita, pergi sembahyang macam kita, pakai macam kita dan sebagainya,” dakwanya. – ismaweb
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)