Pengalaman berjumpa Syiah di bumi Syria

DSC_0994

 

1. Saya sangat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke bumi yang diberkati Syria, jantung kepada Syam pada hujung Disember 2010 yang lalu.

2. Waktu itu hanya lebih kurang tiga bulan sebelum perang Syria bermula yang berlarutan hingga hari ini, siapa sangka Syria yang begitu indah dan tenang dilihat ketika itu sedang menyimpan barah yang dahsyat dan hanya menunggu masa untuk meletup tanpa penghujung.

3. Syria merupakan sebuah negara majoriti sunni namun diperintah oleh kerajaan dan ketenteraan Syiah, walaupun hakikatnya mereka adalah minoriti.

4. Pelancong Syiah dari seluruh dunia begitu ramai di Syria terutama di Damsyik, kerana di sini terdapatnya makam ‘kepala Hussain r.a’ di Masjid Umayyah dan kubur-kubur ahlul bait yang diratapi oleh Syiah. Agensi pelancongan Syiah sangat aktif membuat lawatan ke Syria kerana ia ibarat pergi umrah buat mereka.

5. Saya berjumpa dengan begitu ramai Syiah ketika menziarahi Masjid Umayyah dan kawasan perkuburan sahabat yang terletak di sebelahnya. Majoritinya berpakaian serba hitam seluruh badan.

6. Ketika tiba di perkuburan tersebut, pelancong Syiah yang berada secara berkumpulan sedang menangis dan meraung meratapi kematian, sambil mendengar ‘tazkirah’ dan ‘taujihat’ oleh seorang tok syeikh mereka, mungkin saja sedang memperingati kisah Karbala.

7. Saya memasuki sebuah makam yang dikatakan sebagai kubur sahabat Bilal r.a, setelah kumpulan Syiah tersebut habis ucapan mereka, diserbu beramai-ramai kubur Bilal r.a sambil menangis, meraung dan dicium-cium kuburan tersebut, lalu saya terus beredar kerana bimbangkan keselamatan.

8. Kemudian kami berjalan lagi menziarahi kubur-kubur yang ada di situ, sehinggalah menjumpai sebuah maqam yang ditutupi dengan pagar besi dan bangunan yang kukuh (gambar), itu adalah maqam sahabat Muawiyah r.a, pengasas kepada Khilafah Umayyah yang sangat dibenci oleh Syiah.

 

IMG_1817

 

9. Kenapa maqam beliau dibina bangunan kukuh dengan pagar besi? Jawapannya kerana Syiah menjadikan kuburnya tempat melepaskan kebencian dan geram, maqamnya akan dibaling dengan batu oleh Syiah seperti melontar jamrah.

10. Selesai melawat kawasan perkuburan kami pergi ke Masjid Umayyah, di sini juga terdapat banyak kumpulan Syiah, fokus utama mereka hanya satu, untuk menziarahi maqam ‘kepala Hussain r.a’. Saya sempat juga memasuki maqam tersebut untuk ziarah, walaupun terpaksa berasak-asak dengan orang ramai yang majoritinya Syiah. Di situ sudah tentunya mereka menangis dan meraung dengan begitu dahsyat, sambil mencium-cium maqam tersebut.

11. Saya hanya melihat sekejap dan kemudian keluar, waktu itu sudah lewat petang menghampiri Maghrib. Maqam tersebut hampir tamat waktu lawatannya dan ingin ditutup, tetapi Syiah tetap berasak masuk dan ada yang bergaduh dengan pengawal yang ingin menutup pintu maqam tersebut. Perasaan tidak tenang dan berjaga-jaga sentiasa menyelubungi diri kerana dikelilingi orang Syiah yang begitu ramai, walaupun negara ini hakikatnya negara sunni.

12. Berkumandang azan Maghrib, kumpulan-kumpulan Syiah yang begitu ramai tadi beredar dari perkarangan masjid. Kami solat Maghrib di Masjid Umayyah, hampir tiada kelibat Syiah yang ramai tadi solat bersama di masjid ini.

13. Selepas solat Maghrib diadakan kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Syeikh Ramadan Al-Buti, itulah kali pertama dan terakhir saya dapat melihatnya secara langsung. Disebabkan perlu bergerak ke tempat lain, saya hanya sempat mendengar sekejap kalam-kalamnya.

 

DSC_0058

 

14. Syria memang sebuah negara yang amat cantik dan kaya dengan ilmu dan sejarah, namun sayang semuanya hancur sekelip mata akibat perang yang dilancarkan Syiah. Masjid Khalid Al-Walid yang terdapat di dalamnya maqam sahabat Khalid Al-Walid r.a yang sempat saya ziarahi ini kini yang sudah hampir hancur keseluruhannya, pastinya Khalid Al-Walid r.a salah satu sosok sahabat yang amat dibenci Syiah kerana beliaulah yang berhasil menjatuhkan kerajaan Parsi Majusi.

 

DSC_0672

 

15. Walaupun suasana di sana kelihatan tenang, tapi disebalik ketenangan itu tertanam ketakutan secara senyap. Ketika di sana kami dipesan agar jangan sesekali menyebut nama atau berkata tentang presidennya di khalayak ramai, atau anda mungkin ditangkap polis tiba-tiba. Masyarakat di sini juga menceritakan jika ada sesiapa yang konsisten solat Subuh di masjid setiap hari, pasti dia akan hilang diculik tanpa berita.

16. Tentera Syria yang majoritinya Syiah, yang telah menghancurkan negaranya sendiri hari ini juga sangat bengis, urusan kami di kastam dilayan secara kasar dan dipermainkan. Ketika hendak keluar dari Syria untuk kembali ke Jordan, kastam di Syria tidak membenarkan kami untuk dapat visa keluar melainkan setiap kepala membayar 50 Lira, waktu itu kami seramai 7 orang termasuk pemandu dari Jordan, maka 350 Lira terpaksa dibayar untuk keluar dari negara tersebut. Duit tersebut bukan duit kastam atau duit visa, sebab itu ada bayarannya yang tersendiri, hakikatnya kami dirompak disempadan oleh kastamnya sendiri.

17. Muka tentera-tentera Syria yang menjaga sempadan penuh dengan kebengisan dan menakutkan, namun sebaik sahaja masuk di sempadan Jordan disambut dengan senyuman dan sapaan mesra oleh tentera-tentera Jordan, dan ‘inspection’ pun berlalu dengan mudah lagi-lagi orang Malaysia. Ada baiknya juga tentera Jordan ni sebenarnya.

18. Syiah di tempat dia berkuasa sepenuhnya seperti di Iran pastinya akan melayan kita dengan baik, sebab fokus utama dia bukan lagi menyerang tetapi mensyiahkan sunni yang pergi ke sana, dengan uslub-uslub dakwah mereka tersendiri. Tetapi di tempat dia belum kuasai dan ingin kuasai dia akan guna segala cara untuk mendapatkannya, lihatlah ketidakstabilan di Timur Tengah ini penyumbang terbesarnya angkara siapa? Syria, Iraq, Yaman, Bahrain dan kini Saudi, semuanya bergolak disebabkan kerakusan kuasa politik Syiah yang dibiayai oleh Iran.

19. Persengketaan Syiah-Sunni tidak akan pernah berakhir, agama mereka lahir dari kebencian terhadap sunni (Islam itu sendiri), itulah aqidah dan dokrin mereka paling utama, bagaimana persengketaan itu boleh berakhir sedangkan itu aqidah utama mereka? Dalam urusan bertaamul dengan mereka kita berikan hak sepatutnya selagi mana mereka tidak melampaui batas, tetapi untuk mengatakan dan memberi gambaran Syiah adalah OK walaupun di peringkat individu adalah suatu masalah besar, kerana pengiktirafan individu akan membawa kepada pengiktirafan masyarakat dan seterusnya.

20. “Pengikut Dajjal dari kalangan Yahudi Isfahan, 70,000 orang yang memakai baju tebal bergaris-garis.” [ HR Muslim ]

Pernahkah kita terfikir kenapa Dajjal membuat kemunculan di Isfahan, Iran, bukannya di Amerika, Eropah, Rusia atau lain-lain? Fikir-fikirkan.

Ustaz Ahmad Nu’man Mazlan

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts