LONDON – Sempena bulan Ramadan pemain bola sepak Arsenal, Mezut Ozil berbesar hati menyumbang 80,000 pound (RM429,412) bagi membantu umat Islam di Turki dan Syria.
Bantuan berkenaan membolehkan lebih kurang 16,000 penduduk Islam yang berdepan dengan kesusahan mendapat bekalan makanan dan perubatan sepanjang bulan ini.
Persatuan Bulan Sabit Merah Turki memaklumkan, pihaknya akan menyalurkan bantuan makanan berbuka puasa kepada penduduk di Turki dan kelompok kecil Syria.
Katanya, lebih 2,000 bungkusan makanan akan diagih-agihkan setiap hari sepanjang bulan Ramadan.
Wakil Bulan Sakit Merah Turki, Kerem Kinik berterima kasih kepada Mesut dan pastinya bantuan berkenaan begitu dinanti-nantikan penerima.
“Bulan Sabit Merah sentiasa membantu mereka yang memerlukan sepanjang tahun, dan sudah tentu kami menghargai sebarang bantuan yang diberikan.
“Lebih banyak sumbangan lebih ramai jangkauan bantuan kami boleh capai.
“Terima kasih kepada sahabat saya Mesut, kami akan menyerahkan bantuan secepat mungkin,” katanya. – Agensi
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)