105 ekstremis Yahudi ceroboh masuk Al-Aqsa

BAITULMAQDIS – Ratusan ektremis Yahudi menceroboh masuk ke kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, tidak lama selepas tapak suci itu dibuka semula, kata pengarah masjid, lapor Anadolu Agency.

“Kira-kira 105 pelampau Yahudi memasuki perkarangan itu sejak pagi di bawah perlindungan polis Israel,” kata Pengarah Masjid Al-Aqsa, Omar Kiswani kepada Anadolu Agency.

Beliau berkata, tindakan itu membuatkan para jemaah kesal setelah masjid dibuka semula untuk solat.

Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk para jemaah pada awal hari Ahad setelah penutupan lebih daripada dua bulan kerana penularan COVID-19.

Kiswani berkata, pasukan Israel juga menahan tiga rakyat Palestin – seorang pemuda dan dua gadis – dari dalam tapak suci tersebut.

Bagaimanapun, tiada alasan untuk penangkapan tersebut dibuat.

Kompleks Al-Aqsa ditutup untuk semua jemaah pada akhir bulan Mac sebagai sebahagian daripada langkah-langkah untuk mencegah penyebaran wabak COVID-19.

Masjid Al-Aqsa adalah tempat paling suci ketiga di dunia untuk umat Islam. Orang Yahudi memanggil kawasan itu sebagai Temple Mount, dengan menyatakan bahawa ia adalah lokasi dua kuil Yahudi pada zaman dahulu.

Israel menduduki Baitulmaqdis Timur, tempat Al-Aqsa berada, semasa Perang Arab-Israel 1967.  

Ia merampas seluruh kota pada tahun 1980 dalam gerakan yang tidak pernah dikenali oleh masyarakat antarabangsa. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Setkan ‘See First’ fb page Indahnya Islam atau ikuti telegram Indahnya Islam agar anda sentiasa dapat mengikuti pelbagai bahan-bahan menarik berkaitan kesyumulan Islam.

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts