Palestin desak negara haram henti rancangan ilhak Tebing Barat

 

TEBING BARAT – Pihak Berkuasa Palestin (PA) menggesa Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz untuk mengakhiri penjajahan tanah Palestin dan menghentikan aneksasi Tebing Barat yang diduduki sebelum menuntut rundingan, lapor Anadolu Agency.

“Gantz mesti memikirkan untuk mengakhiri penjajahan dari menggerakkan tenteranya untuk ilhak (Tebing Barat) dan menyatukan penjajahan itu,” kata Menteri Hal Ehwal Awam Pihak Berkuasa Palestin, Hussein al-Sheikh di Twitter.

Bercakap kepada pemberita pada Rabu, Gantz menyatakan hasrat untuk berunding secara terus dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Rejim Israel merancang untuk mengadakan pemilihan Kabinet minggu depan bagi mengilhak bahagian Tebing Barat, yang diduduki oleh Israel ketika perang Timur Tengah 1967.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berulang kali menyatakan akan menganeksasi semua blok penempatan dan Lembah Jordan mulai 1 Julai di bawah perjanjian dengan Gantz, ketua Perikatan Biru dan Putih.

Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur dilihat sebagai wilayah yang diduduki di bawah undang-undang antarabangsa, oleh itu menjadikan semua penempatan Yahudi di sana dan juga aneksasi yang dirancang tidak sah.

Pegawai Palestin telah mengancam untuk membatalkan perjanjian dua hala dengan Israel jika meneruskan aneksasi itu, yang mana akan terus menjejaskan penyelesaian dua negara.

Aneksasi itu berpunca dari ‘Perjanjian Abad Ini’ (Deal of the Century) Presiden Amerika Syarikan (AS), Donald Trump yang diumumkan pada 28 Januari lalu.

Perjanjian itu merujuk kepada Baitulmaqdis sebagai ‘ibu kota Israel yang tidak terbahagi’ dan mengakui kedaulatan Israel terhadap sebahagian besar Tebing Barat.

Rancangan itu menyatakan penubuhan negara Palestin dalam bentuk kepulauan yang dihubungkan melalui jambatan dan terowong.

Pegawai Palestin menegaskan, di bawah rancangan AS, Israel akan mengilhak 30 hingga 40 peratus Tebing Barat, termasuk seluruh Baitulmaqdis Timur. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts