BAITULMAQDIS – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengumumkan tempoh lanjutan darurat selama 30 hari untuk membendung penyebaran wabak coronavirus, lapor Anadolu.
Langkah itu dilaksanakan ketika wilayah Palestin menyaksikan peningkatan jangkitan virus dalam beberapa hari ini.
“Pihak berkuasa yang berkaitan harus terus mengambil semua langkah yang diperlukan untuk menghadapi bahaya akibat koronavirus, melindungi kesihatan masyarakat dan mencapai keamanan dan kestabilan,” kata pejabat berita rasmi Wafa.
Abbas mengisytiharkan keadaan darurat di wilayah Palestin untuk pertama kalinya pada 3 Mac lalu untuk memerangi wabak itu.
Pihak berkuasa Palestin setakat ini mengesahkan 4,250 jangkitan virus, termasuk 17 kematian. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)