1. AL-IMAM Ibn Hajar merekodkan riwayat yang menceritakan bagaimana al-Imam Ahmad sentiasa mendoakan buat Tuan Gurunya al-Imam al-Syafi’i. Kata Ahmad:
ما بت منذ ثلاثين سنة إلاّ وأنا أدعو الله للشافعى وأستغفر له
“Tidak pernah aku tidur malam selama tiga puluh tahun ini melainkan aku akan mendoakan kebaikan dan keampunan buat al-Imam al-Syafi’i (Tahzib al-Tahzib)
2. Perhatikan tingginya nilai akhlak yang dimiliki oleh al-Imam Ahmad. Bukan sahaja beliau sangat memuliakan gurunya, al-Imam Ahmad sentiasa mendoakan gurunya.
3. Malah ketika mana al-Imam Ahmad meninggal, salah satu tinggalan yang dijumpa dirumah beliau adalah buku karangan al-Imam al-Syafi’i iaitu kita al-Risalah. Dalam penemuan ini juga didapati bagaimana al-Imam Ahmad memuji al-Syafi’i bahkan mendoakan gurunya. (al-Bidayah wa al-Nihayah)
4. Begitulah Islam mendidik kita agar memuliakan guru.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)