Palestin, Hamas kecam perjanjian normalisasi UAE-Israel

 

RAMALLAH – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Ketua Politik Hamas, Ismail Haniyeh mengecam, pengumuman perjanjian normalisasi antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan rejim pengganas Israel.

Mahmoud telah berhubung dengan Ismail melalui telefon bagi berbincang mengenai perjanjian antara kedua-dua pihak terbabit. 

Ismail menekankan sokongan kepada kepimpinan Palestin dan Mahmoud dalam menolak pengumuman tiga pihak iaitu Amerika Syarikat (AS), UAE dan Israel. 

“Keadaan sekarang adalah menggambarkan rakyat Palestin, kita semua bersama Presiden yang berpegang teguh pada penubuhan negara Palestin yang berdaulat sepenuhnya dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara,” kata Ismail seperti dilapor agensi berita WAFA.

Ismail menolak semua deklarasi dan keputusan sebelah pihak yang bertujuan untuk menghapuskan hak-hak Palestin dan melanggar resolusi antarabangsa, kata kenyataan itu. 

Presiden AS, Donald Trump mengumumkan kesepakatan itu kononnya sebagai langkah menghalang rancangan kontroversi Israel untuk merampas sejumlah besar wilayah Tebing Barat yang diduduki. 

Dalam kenyataan bersama AS, UAE dan Israel berkata, langkah itu akan mendorong ke arah proses damai Timur Tengah dan bukti keberanian serta diplomasi tiga pemimpin negara itu – merujuk Trump, Putera Mahkota Abu Dhabi, Mohammed Zayed al-Nahyan dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Israel akan menangguhkan rancangan untuk merampas sebahagian wilayah Tebing Barat dan memfokuskan usaha memperluas hubungan dengan negara-negara Arab dan Islam lain, menurut kenyataan itu. 

AS, UAE dan Israel yakin bahawa hubungan diplomatik dengan negara-negara lain akan berjaya, dan mungkin akan bekerjasama untuk mencapai tujuan itu, kata kenyataan berkenaan. 

Perkembangan ini menandakan kali ketiga negara Arab membuka hubungan diplomatik dengan Israel, setelah Mesir dan Jordan. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts