1. MENULIS atau menyebarkan ilmu diruang media sosial adalah jalan paling mudah untuk mendapatkan pahala yang tidak terputus. Lebih ramai orang mendapat manfaat darinya, lebih banyak pahala kebaikan buat kita. Pesan al-Imam Ibn al-Jauzi:
مَنْ أًحَبَّ الاَّ يَنْقَطِعَ عَمَلهُ بَعْدَ مَوْته فَلْيَنْشرْ العِلْم بِالتَّدْوِيْن وَالتّعْلِيْم
“Barangsiapa yang inginkan agar (pahala) amalannya tidak terputus selepas kematiannya, maka hendaklah dia menyebarkan ilmu samada dengan penulisan mahupun dengan pengajaran.” (Kitab al-Tazkirah)
2. Al-Imam Ibn al-Jauzi (M597H) dikatakan menulis hampir dua ribu jilid penulisan. Kekuatan ilmu yang dikuasainya menyebabkan ribuan penganut agama lain memeluk Islam atas usaha ilmu dan dakwah beliau. (Sibaq Nahw al-Jinan, 23)
3. Manakala al-Imam al-Khattabi pula menganggap, penulisan ilmu adalah suatu kemuliaan buat dirinya. Kata al-Khattabi:
كتابي أعز شيء علي
“Kitabku (penulisanku) adalah sesuatu yang perkara yang paling mulia disisiku.”
4. Justeru, sebarkanlah ilmu buat masyarakat. Utamakan diskusi yang membina minda, jiwa dan perilaku pembaca. Mudah-mudahan dengan walaupun dengan usaha yang sedikit, Allah akan memberikan ganjaran yang tidak ternilai dan mengampunkan dosa kita.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)