Kapal bantuan kemanusiaan pertama dari Turki tiba di Gaza menjelang Aidilfitri

5779620fc36188b33b8b45af

PELABUHAN ASHDOD, Isnin – Kapal Turki pertama yang membawa bantuan kemanusiaan untuk Gaza tiba di Pelabuhan Ashdod, semalam.

Kapal kontena Lady Leyla yang membawa lebih daripada 10,000 tan bantuan kemanusiaan untuk Gaza setelah berlepas pada hari Jumaat dari bandar Mersin, Turki.

Lady Leyla dilaporkan mengambil masa 35 jam untuk sampai ke destinasi.

Menurut Lembaga Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki, bantuan yang datang menjelang perayaan Aidilfitri itu termasuk pakej makanan, mainan, pakaian dan kasut kepada penduduk di Gaza.

Di bawah perjanjian Turki dan Israel minggu lalu, Israel akan bersetuju untuk membenarkan bantuan kemanusiaan Turki di Gaza, yang antara lain melibatkan pembinaan sebuah hospital di wilayah Palestin dan pembinaan stesen kuasa baru serta sebuah kilang untuk penyahgaraman air. – Agensi

Sumber : ismaweb

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts