Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Rabu

41467556945_AIDILFITRIKUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri Rabu, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad malam ini.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu, 6 Julai 2016,” katanya.

Tarikh itu ditetapkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab.

Sumber : astroawani

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts