Parti politik Kuwait selar dakwaan bakal berdamai dengan Israel

 

KUWAIT – Parti politik Kuwait menyelar dakwaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump konnya kerajaan Teluk Parsi itu akan segera menormalkan hubungan dengan Israel setelah Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain menandatangani perjanjian dengan rejim Tel Aviv di White House awal minggu ini.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan semalam, mereka meminta kerajaan Kuwait untuk mengeluarkan kenyataan rasmi menolak dakwaan Trump.

“Kuwait tidak akan melupakan darah para syuhada, penderitaan ibu, anak-anak, tahanan dan mereka yang cedera..

“Termasuk pengorbanan generasi selama beberapa dekad penindasan dan pencerobohan Zionis terhadap Palestin dan al-Quds al-Sharif berlaku,” kata kenyataan itu.  

Mereka juga mendesak badan legislatif untuk mempercepat pelaksanaan undang-undang, yang akan menghukum setiap normalisasi dengan rejim Israel dan menuntut agar para pembuat undang-undang melindungi negara Arab daripada kemungkinan adanya penindasan dan tekanan oleh Washington.

Terdahulu pada hari Jumaat, Trump mendakwa bahawa Kuwait berkemungkinan akan menormalisasikan hubungan dengan Israel dalam masa terdekat.

“Kerajaan Kuwait sangat teruja apabila kami menandatangani dua negara pertama (UAE dan Bahrain) dan saya fikir mereka akan menjadi sebahagian daripadanya dengan segera,” kata Trump.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menandatangani perjanjian dengan Menteri Luar Emirat, Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan dan Menteri Luar Negeri Bahrain, Abdullatif Al Zayani dalam acara yang dianjurkan oleh AS yang dihoskan oleh Trump di White House pada 15 September.

Sentimen anti-Israel tinggi di Kuwait, yang warganya menjadi penyokong kuat perjuangan Palestin menentang penjajahan Israel.

Tinjauan yang dilakukan tahun lalu oleh Washington Institute for Near East Policy menunjukkan bahawa 85 peratus orang Kuwait menentang normalisasi hubungan dengan Israel. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts