BEIRUT – Sekurang-kurangnya 14 orang maut selepas sebuah trak berisi bom meletup di bandar Al-Bab yang dikuasai Turki di barat laut Syria, kata pemantau perang, aktivis dan anggota perubatan.
Letupan pada hari Selasa berhampiran stesen bas juga mencederakan kira-kira 40 orang, ada di antaranya parah, kata Pemantau Hak Asasi Manusia yang berpusat di Britain.
Pertahanan Awam Syria yang juga dikenali sebagai Helmet Putih berkata, operasi menyelamat sedang dijalankan.
Menurut saksi, letupan itu berlaku apabila sebuah trak bom meletup di kawasan sesak di bandar yang dikawal oleh puak pemberontak yang disokong Turki.
Video dan foto yang diedarkan oleh aktivis di media sosial menunjukkan asap tebal dari lokasi letupan bersama dengan kebakaran serta bangunan rosak. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)