Akhlak nabi menghadapi cercaan

 

1. MUSIM Covid-19 menjadikan sebahagian kita tuduh-menuduh, saling menyalahkan bahkan menggunakan kata kesat dalam meletakkan kesalahan pada yang lain. Cacian serta kejian tidak menyelamatkan kita dari Covid.

2. Kita seharusnya berkerjasama dalam menangani isu kesihatan ini. Hentikan perebutan kuasa dan perbalahan politik dan fokus kepada menangani wabak serta membantu golongan yang terjejas akibat ekonomi yang merudum.

3. Andai dikecam, teladani sifat para Nabi dalam menghadapi cacian manusia dengan memberikan penjelasan yang baik. Perhatikan bagaimana Nabi Hud menjawab tuduhan kebodohan yang diungkapkan oleh kaum Baginda.

4. Perbalahan dan saling bercakaran merugikan kita. Insiden penularan di Sabah dan Kedah seharusnya memberikan kita pengajaran yang jelas bahawa kerakusan manusia memberikan kesan yang merosakkan bahkan meragut nyawa.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts