DHAKA – Myanmar memberitahu China – kononnya negara itu akan membawa pulang pelarian etnik Rohingya yang berlindung di sempadan Bangladesh.
Kementerian Luar Negeri Bangladesh dalam satu kenyataan berkata, perkara itu dimaklumkan diplomat tertinggi China, Wang Yi kepada rakan sejawatnya, AK Abdul Momen dalam satu panggilan telefon, baru-baru ini.
“Menteri Luar Negeri China dan Anggota Dewan Negara, Wang Yi mengatakan Myanmar sekali lagi memberi jaminan bahawa akan mengambil kembali pelarian Rohingya pulang ke negara berkenaan,” kata kementerian itu.
Katanya, Myanmar memberitahu China bahawa negara itu akan segera mengadakan perbincangan dengan Bangladesh mengenai pemulangan pelarian Rohingya.
Wang berkata, Beijing tetap berhubung dengan Myanmar mengenai krisis Rohingya, sekali gus meyakinkan Momen bahawa perbincangan di antara Dhaka dan Naypyitaw akan diadakan setelah pemilihan Myanmar pada bulan November, kata kementerian.
“Ia akan diikuti dengan pertemuan tiga pihak antara China, Bangladesh dan Myanmar.
“Pada masa sama, panggilan telefon berkenaan turut membincangkan isu-isu lain antara China dan Bangladesh, termasuk vaksin COVID-19 dan pemulihan ekonomi pasca wabak,” kata kementerian.
Etnik minoriti Islam Rohingya ditindas kejam oleh kerajaan Myanmar.
Hampir sejuta pelarian Rohingya melintasi sempadan kerana melarikan diri daripada kempen pembunuhan beramai-ramai di negeri Rakhine.
Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa, Rohingya hidup dalam sengsara, sambil menambah lebih 40,000 struktur dimusnahkan dalam operasi kejam kerajaan pada 2017. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)