Perancis dikecam tahan kanak-kanak bawah umur atas tuduhan mengganas

 

ANKARA- Sebuah pertubuhan antarabangsa pada Isnin mengecam penahanan kanak-kanak di Perancis atas tuduhan mengganas.

Penahanan kanak-kanak itu dilakukan atas alasan kononnya mereka akan mendorong sentimen perkauman dan Islamofobia.

Membidas perkara itu, Setiausaha Kesatuan Jurist Antarabangsa, Necati Ceylan dalam satu kenyataan menegaskan, bahawa golongan kanak-kanak tidak boleh diheret dalam ketegangan yang berlaku di negara itu.

Ceylan berkata, penahanan itu akan menjejaskan proses pedagogi dan psikologi ke atas mereka, selain menggalakkan sentimen perkauman, xenofobia dan Islamofobia.

“Wacana rasis dan Islamofobia terhadap pemimpin Perancis akan dikenakan ke atas kanak-kanak secara paksa dan masa depan mereka akan dibentuk melalui motif seperti itu,” katanya.

Ceylan berkata, organisasinya mengutuk penahanan dan pelanggaran hak kanak-kanak, serta mendesak pihak berkuasa Perancis mematuhi undang-undang.

Khamis lalu, empat kanak-kanak berusia 10 tahun – tiga daripadanya berketurunan Turki, manakala selebihnya berketurunan Algeria – ditahan pihak polis selama lebih 11 jam di Albertville, Perancis atas tuduhan palsu membenarkan keganasan, menurut wawancara bersama ibu bapa mereka.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron sebelum ini, mencetuskan kemarahan dunia Islam apabila mendakwa orang Islam sebagai penganut fahaman pemisah, selain menuduh Islam sebagai agama krisis di seluruh dunia.

Bahkan, Macron turut menyatakan negara itu tidak akan melarang penggunaan karikatur yang menghina Islam dan Nabi Muhammad ﷺ.

Macron membuat kenyataan itu, sebagai mengulas insiden seorang guru, Samuel Paty, yang dipenggal kepala di luar sekolahnya – di pinggir kota luar Paris awal bulan ini.

Kejadian berlaku selepas mendiang Paty menunjukkan karikatur menggambarkan Nabi Muhammad ﷺ ketika kelas berkaitan kebebasan bersuara. -Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts