Kanak-kanak antara korban bedilan roket di Zon Hijau Baghdad

 

BAGHDAD – Seorang kanak-kanak perempuan terbunuh manakala lima yang lain cedera dalam serangan roket menyasarkan Zon Hijau di Baghdad, semalam.

Komando Operasi Bersama Iraq (JOC) memberitahu, pihaknya sedang mengenal pasti pelaku serangan di kawasan sekitar dataran Grand dan berhampiran Taman Bandar serta Taman Zawra. 

“Apa yang berlaku di ibu negara pada Selasa itu pasti mempunyai dalang dan pihak yang bertanggungjawab.

“Pasukan keselamatan dan perisik kami telah memulakan prosedur untuk mengenal pasti pelaku dan membawa mereka ke muka pengadilan,” kata JOC dalam kenyataan. 

Setakat ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu. 

Zon Hijau di Baghdad yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajan Iraq dan kedutaan Amerika Syarikat (AS) serta wakil diplomatik asing lain, pernah berdepan beberapa serangan roket sebelum ini, sejak pembunuhan Qassem Soleimani pada Januari lalu. 

Washington menyalahkan pihak militan Syiah yang disokong Iran terhadap serangan roket ke atas kawasan diplomatik asing itu. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts