Pertahankan Palestin! Satu persatu negara Arab kini tunduk pada Zionis

 

BANGI – Pemimpin negara Islam seharusnya bersatu membebaskan Palestin, bukannya menjalinkan kesepakatan normalisasi hubungan dengan negara penjajah Israel.

Tidak dapat dinafikan tindakan mereka yang seolah-olah tunduk kepada agenda Zionis – walaupun sedia maklum kekejaman rejim itu ke atas orang Islam di Palestin – menunjukkan penguasaan sebenar Israel terhadap politik dunia Islam sekarang.

Menempelak kesepakatan normalisasi negara Islam dengan Israel, Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Haji Mohd Rusdi Alias berkata, segala bentuk jalinan hubungan dengan Israel adalah satu pengkhianatan terhadap Palestin.

“Mereka telah melakukan pelbagai keganasan dan kekejaman terhadap umat Islam di sana. Negara Arab dan dunia Islam sepatutnya menentang keras terhadap penjajahan serta kekejaman Yahudi Israel.

“Sepatutnya pimpinan negara negara Islam bersatu demi pembebasan bumi Palestin. Apa yang berlaku adalah perkara pelik yang disebaliknya.

“Satu persatu negara Arab dan dunia Islam ditundukkan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Justeru katanya, harapan umat Islam Palestin ketika ini terletak kepada Turki yang kuat menentang dan mengkritik penjajahan dan kezaliman Israel terhadap umat Islam di Palestin.

Begitu juga Qatar yang masih tidak mahu lagi menjalinkan hubungan dan mengiktiraf negara haram Israel atas pendirian isu Palestin perlu diselesaikan terlebih dahulu, sementara Pakistan masih ditekan untuk usaha normalisasi.

“Sudah pasti mana-mana negara yang menentang usaha normalisasi Israel ini akan menghadapi sekatan dan ugutan dari pihak Zionis yang memegang tampuk kuasa dunia sekarang ini.

“Cukuplah Allah bagi umat Islam bergantung dan menyerahkan urusan mereka,” katanya.

Katanya lagi, ketika bangsa Arab sudah mula tunduk kepada kehendak barat dan Zionis, pada ketika itu mereka telah hilang kemuliaan sebagai bangsa yang mendukung agenda Islam.

“Bermakna orang yang memimpin mereka langsung sudah tidak boleh diharapkan lagi untuk memikul amanah menegakkan agama.

“Perkara yang sama juga mesti diambil pelajaran penting juga kepada bangsa Melayu. Bangsa Melayu juga dimuliakan oleh Allah kerana mereka berpegang kepada agama Islam.

“Sekiranya bangsa Melayu meninggalkan agama ini, mereka juga akan kehilangan sebab untuk hidup. Mereka juga akan terpaksa tunduk melutut kepada agenda kuasa asing,” katanya.

Terdahulu, terdapat khabar angin bahawa Niger mahu mengikut jejak langkah kontroversi Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Sudan selepas negara Afrika Barat itu dilaporkan mengadakan rundingan secara rahsia untuk menormalkan hubungan dengan Israel.

Sebelum ini, langkah menormalkan hubungan dengan Israel dikecam Palestin kerana dilihat sebagai satu bentuk pengkhianatan kepada mereka.

Palestin juga mendakwa perjanjian damai itu menafikan hak mereka dan tidak menghiraukan kepentingan pemilik asal tanah. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my
 
—-—
 
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
 
https://www.billplz.com/indahnyaislam
 
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts