Dai’e selebriti, agamawan segera

 

PARA ulama dulu tidak menyukai populariti, tetapi lebih suka bersederhana dan ‘low profile’.

Itu lebih baik demi menggapai keredhaan Allah SWT.

Ini kerana penilaian Allah lebih penting daripada penilaian manusia. Walaupun demikian tidak salah menjadi popular, asalkan caranya betul dan sihat.

Dalam menilai keilmuan seseorang, populariti bukan ukuran.

Ini kerana sebenarnya bukan masyarakat yang menilai. Golongan yang sepatutnya menilai adalah golongan terpelajar dan komuniti para ilmuwan.

Penilaian hari ini banyak tertumpu pada perkara luaran, sampingan, material seperti sijil, kuantiti dan bukan kualiti ilmu seseorang.

Mengenai kualiti ini hanya orang-orang tertentu sahaja yang dapat menilai.

Dan yang dinilai adalah ilmu dan kefahamannya bukan penampilan dan kepandaian bercakap.

Program realiti televisyen untuk pencarian dai’e muda sebenarnya terikut-ikut kaedah sekular.

Ilmu agama tidak boleh menggunakan kaedah penilaian dan pengukuran yang sekular.

Kaedah yang bergantung kepada berapa ramai yang suka, dengan mencipta persepsi dan sensasi.

Sebenarnya bukan ilmu agama sahaja, semua bidang ilmu pun mesti bersandarkan kepada kepakaran dan autoriti ilmu, bukan persepsi dan populariti.

Kesannya masyarakat sendiri yang akan menanggung, mereka dibimbing oleh orang yg salah, yang keliru, ilmunya separuh matang, tidak beradab dan berakhlak.

Akibatnya timbul kecelaruan, kegusaran awam, banyak kekeliruan dan malapetaka.

Kesimpulannya, program realiti televisyen untuk melahirkan dai’e selebriti dan agamawan segera tidak sesuai dan perlu dihentikan.

Sebagai gantinya program sorotan kehidupan dan perjalanan tokoh-tokoh ilmuwan negara, yang terbukti berwibawa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, perlu diberikan keutamaan, agar masyarakat mengenali mereka dan ini dapat menyemai rasa hormat terhadap ilmuwan dan budaya ilmu di kalangan masyarakat.

Ini baru betul-betul realiti dan bukan hanya persepsi. – Ismaweb

Dr Khaliff Muammar

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts