Boleh solat tak rapat saf ketika pandemik

 

BANGI – Hukum makruh solat tidak merapatkan saf akan hilang sekiranya ada sesuatu hajat, khususnya bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, solat dengan merapatkan saf adalah tidak wajib sebaliknya sunat untuk dilakukan.

Bagaimanapun, perkara sunat yang ditinggalkan akan menjadi makruh.

“Sekiranya tiada pandemik ini, maka ia akan jadi makruh. Hajat berkenaan diukur oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

“Dengan penjarakan fizikal satu meter diharapkan iktihar kita iaitu kebolehjangkitan itu ruangnya lebih mengecil kalau kita berbuat demikian.

“Paling penting Allah SWT pun mahu kita beriktihar,” katanya menerusi siaran langsung di laman Facebook I-Medik.

Pada masa sama, beliau menjelaskan bahawa hukum meninggalkan solat Jumaat walaupun hanya sekali dikira berdosa.

Namun, dalam keadaan pandemik, maka umat Islam tergolong dalam keadaan yang diuzurkan untuk tidak solat Jumaat dan tidak berdosa.

“Yang jadi berdosa adalah orang yang sengaja cuai. Contohnya dia ada peluang untuk masuk ke masjid ‘first come first serve’, tapi dia sengaja pergi jam 1.07 petang, sebaliknya solat ketika itu jam 1.08 petang,” jelasnya.

Tambahnya, di Perak, tiada alasan untuk kaum lelaki tidak menunaikan solat Jumaat.

Katanya, sekiranya solat Jumaat tidak boleh ditunaikan di masjid, maka, seseorang individu boleh pergi ke surau-surau yang di zon-zon yang dibenarkan.

“Tapi, kalau ini (surau) pun mereka tak pergi, hukumnya tidak berdosa,” katanya. -Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts