Hentikan iklan berunsur lucah

 

1. BAGI melariskan penjualan produk, sebahagian peniaga menggunakan elemen penipuan bahkan ada yang menyelitkan unsur lucah sebagai daya penarik bagi produk mereka. Ini adalah budaya yang dilarang.

2. Rasulullah pernah menegur para peniaga yang menggunakan unsur penipuan dan lagha (iaitu perkara yang sia-sia) yang membawa kepada dosa. Sabda Rasulullah:

يَا مَعْشَرَ التُّجَّارِ، إِنَّ هَذَا الْبَيْعَ يَحْضُرُهُ اللَّغْوُ، وَالْحَلِفُ، فَشُوبُوهُ بِالصَّدَقَةِ

“Wahai para peniaga, sesungguhnya proses jualbeli ini (terkadang) disertai dengan unsur lagha (sia-sia dan dosa) dan sumpah (bagi tujuan melariskan). Maka hapuskanla ia dengan sedekah.” (HR Ahmad)

3. Sebagai seorang Muslim, kita sudah pasti mengharapkan rezeki yang diberkati yang boleh kita suapkan kepada anak dan zuriat kita. Kita tentu tidak mahu sekiranya punca rezeki mengandungi unsur dosa dan syubhat yang boleh memberikan kesan kepada kehidupan kita.

4. Para sahabat terdahulu sangat bimbang sekiranya punca rezeki mereka diselaputi dengan unsur-unsur syubhah (perkara yang meragukan dan dosa). Bapa kepada al-Imam al-Bukhari dikatakan sangat menjaga makanan anak-anaknya. Ketika hampir meninggal, beliau diriwayatkan sebagai berkata:

لا أعلم من مالي درهمًا من حرام، ولا درهمًا من شبهة

“Tidak aku ketahui daripada harta aku ini satu dirham pun daripada yang haram, bahkan tidak ada satu dirham pun daripada perkara syubhah.” (Hady al-Sari, Ibn Hajar)

5. Atas dasar itu Rasulullah mengingatkan para peniaga agar menjauhi unsur-unsur penipuan apatah lagi menyumbatkan elemen kelucahan yang berupaya membina persepsi yang negatif terhadap masyarakat.

6. Penggunaan gambar wanita yang mendedahkan aurat adalah ditegah oleh syarak, apatah lagi dengan penampilan aksi yang menggiurkan. Iklan sebegini jelas bercanggah dengan prinsip yang digariskan oleh al-Quran. Allah mengangkat wanita pada darjatnya yang tertinggi dan bukan sekadar menjadi objek pelaris produk.

7. Peniaga muslim seharusnya menjadikan al-Quran dan hadis sebagai panduan mereka dan bukan terikut-ikut dengan trend pengiklanan ala barat yang mengeksploitasi wanita sebagai objek menjual barangan.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts