SEBELUM kuat kuasakan disiplin dan undang-undang, bina kecintaan mereka terhadap al-Quran dengan kisah aqidah, cerita nabi dan rasul serta naratif penciptaan manusia serta penurunan al-Quran itu sendiri
Menghantar anak-anak mengaji di sekolah atau dengan guru al-Quran yang bertauliah bukan alasan ibu bapa untuk berlepas tangan.
Cipta masa bersama anak-anak untuk membaca, menghafal serta mentadabbur makna kitab suci ini.
Selepas setiap ayat yang mereka baca, puji dan berikan galakan dengan kata-kata “Bagus”, “Toyyib” dan “Excellent” agar galakan lebih banyak mereka dengar dari teguran (untuk memperbetul bacaan serta tajwid)
Sedikit demi sedikit, minta mereka memahami terjemahan ayat yang dibaca agar kata-kata Allah SWT yang dibaca tidak terpisah dari realiti kehidupan mereka.
Pasakkan dalam minda, hidup kita hanya sementara. Setelah kita pergi nanti, al-Quran yang bakal menjaga dan memelihara zuriat keturunan kita sehingga akhirnya.
Ir. Ts. Lukman Al Hakim
Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)