Pakistan janji tak akan iktiraf Israel selagi konflik Palestin belum selesai

 

ISLAMABAD – Pakistan memberi jaminan tidak akan mengiktiraf negara haram Israel selagi konflik Israel-Palestin tidak diselesaikan.

Penegasan itu ditujukan kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) – menerusi kenyataan Menteri Luar Negeri Pakistan, Shah Mahmood Qureshi kepada wartawan di pusat kota dari Multan, semalam.

“Saya secara tegas menyampaikan pendirian Pakistan terhadap Israel kepada Menteri Luar UAE. 

“Kami tidak tidak dapat menjalin hubungan dengan Israel sehingga penyelesaian terhadap masalah Palestin ditemui,” katanya. 

Kenyataan Qureshi dibuat beberapa hari selepas lawatannya ke UAE, yang dilihat oleh banyak pihak di tengah desas-desus bahawa Islamabad secara diam-diam telah menghantar utusan ke Israel.

Islamabad membantah laporan tersebut, yang disiarkan terutamanya di media Israel.

Menjawab pertanyaan mengenai laporan bahawa terdapat tekanan dari Arab Saudi, UAE dan negara-negara Teluk lain untuk mengiktiraf Israel, Qureshi memberitahu, beliau telah menjelaskan kepada UAE bahawa rakyat Palestin mempunyai semangat yang mendalam untuk Palestin dan Kashmir.

Menteri luar negeri UAE, kata Qureshi, ‘memahami sepenuhnya perasaan kita’ mengenai dua isu tersebut.

Mengritik laporan mengenai tekanan pada Islamabad untuk mengiktiraf Israel, beliau berkata, “Yang pertama, tidak akan ada tekanan pada kita. 

“Kedua, kita harus membuat keputusan menjaga kepentingan Pakistan dan bukan kerana tekanan. Kami mempunyai dasar dan kami masih teguh dengan dasar itu,” katanya. 

UAE, Bahrain dan Maghribi baru-baru ini menjalin hubungan diplomatik dan ekonomi dengan Israel, sementara laporan menunjukkan beberapa negara Teluk lain, termasuk Arab Saudi, juga mempertimbangkan pilihan untuk menormalkan hubungan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, hubungan Pakistan dengan sekutu-sekutu negara Teluk menjadi tegang kerana sifat neutral Islamabad dalam beberapa isu. 

Ia termasuk perang di Yaman dan sekatan terhadap Qatar yang dilakukan oleh pakatan Arab yang dipimpin Arab Saudi. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts