Lukisan ini ada di Gereja St Basel Cappadokia, Turki. Apakah kisah di sebaliknya?

simbol-salib-kristian-lama-768x768

 

A symbol can describe the past as same as a picture can tell a thousand words.

=====================

Gambar ini adalah gambar lukisan mural yang dilukis di Gereja St Basel di Cappadokia, Turki. Ia mengandungi beberapa simbol salib Kristian lama dan kotak-kotak permainan yang dinamakan sebagai Games of the King yang menjadi amalan tentera Roman untuk membuli askar-askar baru dan menghina Nabi Isa itu sendiri. Kurator muzium agak terkejut kerana tidak pernah orang tanya beliau mengenai lukisan ini, namun disebabkan kita mempelajari agama Kristian dan penyelewengan mereka secara mendasar, gambar dan simbol yang terkandung cukup menerangkan segalanya.

========================

Agama Kristian pada mulanya dikembangkan oleh Paul ke Rom namun tidak diterima oleh masyarakat di sana kerana asal usul agama Rom adalah agama pagan yang berfahaman polytheism (banyak tuhan) yang bertentangan dengan agama Kristian yang membawa fahaman monotheism (satu tuhan).

Antara tuhan yang dipercayai oleh masyarakat Rom pada ketika itu ialah Zeus, Mithras, Asclepius dan pelbagai tuhan Greek kuno yang lain menyebabkan keseluruhan tamadun Rom tidak berada dalam laras kepercayaan dan kebudayaan yang sama lalu menyebabkan mereka saling berperang satu sama lain. Kedatangan agama Kristian pula adalah sesuatu yang bersifat canggung dan kontradik menyebabkan ramai penganut Kristian pada awalnya dibunuh dan dipenjara.

=======================

Kisah agama Kristian mengalami metamorphosis yang tersendiri apabila Constantine (313 masihi) ingin menyatu padukan seluruh empayar Byzantine dengan memilih satu agama iaitu Kristian. Pemilihan agama Kristian bukan bertujuan untuk kepercayaan tetapi adalah untuk tujuan politik bagi mengekalkan dan menyebarkan kuasa.

Sejak daripada itu, kepercayaan pagan streaming into Christian dengan menjadikan kebudayaaan pagan sebahagian kepada kebudayaan Kristian. Para paderi mengangap dengan membawa kebudayaan pagan dapat menyerap lebih ramai orang Rom ke dalam Kristian namun mereka memusnahkan agama Kristian itu apabila meninggalkan doktrin satu tuhan kepada polytheism dengan konsep triniti (perubahan ini boleh dilihat dengan banyak lukisan gereja di serata Turki dengan dua atau tiga jari Jesus yang menunjukkan peningkatan doktrin polythiesm).

Kebudayaan pagan paling jelas apabila jesus cuba disamakan dengan Mithras (Sun God) menyebabkan banyak gambar Jesus dalam keadaan bercahaya dengan sinaran matahari di kepalanya.

Kepercayaan pagan bertambah kukuh dengan mengambil hari Ahad iaitu hari menyembah Mithras (Sun God) sebagai hari cuti bagi mereka, sebab itulah dinamakan sebagai Sunday sedangkan hari cuti bagi Kristian adalah hari Sabbath (Sabtu).

Pelbagai lagi cubaan dibuat bagi membolehkan agama Kristian diterima ramai.

Misalnya Candle Light Vigil adalah amalan penyembahan pagan, ritual orang mati diambil dari Hellas dan mereka menambah tuhan baru dengan mengambil Mariam (Mary) sebagai salah satu tuhan (sesetengah gereja) dan mengambil patung-patung sebagai sembahan seperti mana pagan membuat batu berhala.

Dan ia terus berkembang.

======================

Apabila Kristian bertapak kukuh di Rom, paderi-paderi mula berasa selesa di atas kejayaan politik yang dinikmati, mereka mengukuhkan diri melalui Pope Gregory yang mengeluarkan doktrin bahawa tiada siapa yang boleh menghakimi Pope di bumi, kuasa gereja menjadi sangat absolute sehinggakan Gregory sendiri menyingkirkan King Henry daripada tahta (peristiwa ini dikenali sebagai humiliation of carnosa).

Kuasa yang tidak terhingga mencenderungkan paderi-paderi untuk melakukan pelbagai jenayah seperti sumbang mahram (incest), penzinaan (adultery), penjualan sijil pengampunan dan inquisition.

Kegelapan ajaran Kristian boleh ditelusuri menerusi perjalanan paderi-paderi seperti Pope Sergius 3, Pope Innocence, Pope Bonitance dan Pope Pius 2.

Apabila Pope Leo 10 menjadi paderi terulung, beliau ingin membina St Peter Basilica yang terletak di Vatican dengan mengambil pelbagai arkitek dan artis (pelukis) terkenal seperti Micheal Angelo, Raphael dan Leornardo da Vinci namun beliau tidak mempunyai duit yang cukup untuk membinanya lalu dijual surat pengampunan kepada pengikut pengikut Kristian, yang dilihat satu bentuk doktrin baru yang berkembang.

Melalui zaman paderi-paderi tadi menyaksikan Eropah berada dalam kegelapan dan menerusi inquisition kita dapat melihat pelbagai alat penyeksaan yang direka untuk mereka yang menentang Kristian seperti Iron Maiden, Wheel, Cats Paw, Judas Cradle dan pelbagai lagi sehingga boleh dibuat muzium alatan penyeksaan.

Begitulah daifnya ketamadunan yang dibawa mereka dan apabila dikorek melalui sejarah pihak paderi pada zaman itu meminta maaf di atas kesalahan mereka.

Tragedi yang berlaku mengubah struktur padangan masyarakat terhadap agama Kristian sehinga memunculkan pelbagai ideologi seperti liberalisme yang berkisar mengenai hak peribadi dan berkembang menjadi ideologi Barat secara tidak langsung.

Perkara sebegini adalah 180 darjah berbeza dengan Islam yang mempunyai kekayaan tamadun dan citra kebudayaan yang tinggi melenyapkan jahiliyah yang dibentuk paderi-paderi Kristian.

Timbul persoalan bagaimana Islam berbeza dengan yang lain? Saya akan ceritakan jika mempunyai masa untuk menulis lagi 😊

By the way, rasa syukur kan sebab kita diberi hidayah?

Luqman Abd Hamid
Penganalisis IRIS

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/07/lukisan-ini-ada-di-gereja-st-basel-cappadokia-turki-apakah-kisah-di-sebaliknya/

Total
0
Shares
2 comments
  1. Kalau boleh share buku2 yang berkualiti utk bacaan kami berkaitan kisah2 ini. Summary yang sgt menarik. Semoga tuan diberi masa dan kelapangan oleh Allah swt utk menulis lagi. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts