‘Memudahkan poligami merupakan perkara lebih baik’

 

SHAH ALAM – Mufti Perlis, Datuk Seri Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan tidak ada siapa menjadi mangsa ‘scam poligami’ seperti mana ada dakwaan pihak tertentu yang dilaporkan sebelum ini.

Mohd Asri berkata, pihak tertentu yang menyatakan poligami adalah scam menunjukkan dia telah mencerca satu peruntukan yang ada dalam agama.

“Poligami bukan scam, jika ada orang yang cuba memudahkan poligami itu merupakan perkara yang lebih baik. Sepatutnya scam itu ialah perkara yang buruk. Scam poligami adalah perkataan yang menghina agama,” katanya kepada Sinar Harian.
Tegasnya, menyebut scam poligami seperti menghina peruntukkan dalam agama dan menganggap poligami sebagai satu perbuatan yang keji.

“Poligami bukan penipuan tetapi ia merupakan satu perkara yang halal, bagaimana ia menjadi scam…Jika penipuan itu menjadi scam,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Asri menegaskan tidak ada aduan mengenai kegiatan ‘scam poligami’ yang mungkin melibatkan ejen-ejen perkahwinan selain orang dalam sama ada peguam syarie, hakim dan kakitangan mahkamah di negeri Perlis.
“Siapa yang mendakwa…dan dari sumber mana yang tidak diketahui (dakwaan scam poligami melibatkan pihak-pihak tertentu).

“Jika wanita ada masalah dengan suami, diceraikan suami dan tidak berkahwin serta mempunyai sifat ‘feminist’ yang melampau dan memperjuangkan hak isteri (mungkin kawannya dan sebagainya), itu bukan perjuangan hak wanita kerana yang menjadi isteri kedua dalam berpoligami juga wanita,” katanya.

Tambahnya, negeri Perlis cuba memudahkan urusan berpoligami di negeri itu dengan banyak cara antaranya yang sudah berkahwin di mana-mana dan sijil pernikahan itu sah.

“Ia boleh ‘convert’ kepada sijil (perkahwinan) di negeri Perlis. Jika ada urusan yang menyukarkan, kita akan cuba memudahkannya,” katanya.

Mohd Asri berkata, orang yang mendakwa bahawa berpoligami menjadi masalah adalah orang yang bermasalah kerana poligami bukannya membuat kerja haram.

“Poligami adalah tanggungjawab, cuma sentimen kecemburuan wanita itu tidak boleh menjadi kayu ukur dalam perbincangan yang rasional. Ramai yang berpoligami sangat positif,” katanya.

Sementara itu, Mohd Asri berkata, mana-mana individu di luar negeri Perlis boleh menfailkan kes di negeri itu dengan menggunakan mana-mana alamat di negeri Perlis jika mereka berada lebih lima hari sebagaimana yang dinyatakan dalam fatwa negeri Perlis.

“Itu masalah mastautin, pentakrifan di negeri Perlis sama seperti pentakrifan mastautin di sudut pentadbiran. Kita mengikut Mazhab Imam Shafie yang menjadikan lima hari ke atas dia (individu di luar negeri Perlis) tidak boleh jamak Qasar, kita menganggap dia bermastautin di negeri Perlis.

“Dia (individu di luar negeri Perlis) mesti membuktikan pemastautinnya itu dengan bukti. Sebahagian negeri memerlukan bil elektrik, di Perlis mungkin memerlukan bukti penginapan di hotel dan seumpamanya tetapi ia tidak semudah itu,” katanya

Beliau berkata, sejak kebelakangan ini, Perlis mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) dan individu di luar negeri Perlis perlu mendapat sijil permaustatin itu dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perlis.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts