AMMAN, 27 Jamadilawal 1442H, Isnin – Jordan mengecam tindakan penggalian yang dilakukan rejim pengganas Israel berdekatan Tembok Buraq – yang juga dikenali sebagai Tembok Barat.
Jurucakap Kementerian Luar Jordan, Daifallah Fayez menyifatkan tindakan rejim itu sebagai pelanggaran terbaharu ke atas Masji Al-Aqsa di Old City Baitulmaqdis.
Beliau berkata, tembok berkenaan adalah sebahagian daripada perkarangan Masjid Al-Aqsa.
Oleh sebab itu, Jordan menentang semua tindakan unilateral Israel di Baitulmaqdis Timur, Old City dan Masjid Al-Aqsa, katanya.
“Tindakan provokasi Israel ini melanggar undang-undang antarabangsa,” tegas Fayez.
Kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan perkarangan Masjid Al-Aqsa termasuk tembok dan pintu masuknya diselia oleh Awqaf Islam Baitulmaqdis – yang dikendalikan oleh Jordan di bawah undang-undang antarabangsa serta status quo sah.
Justeru, Fayez menggesa rejim Israel menghentikan pelanggaran dan provokasi itu, termasuk menghormati status quo undang-undang serta sejarah Old City.- Agensi
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)