BANGI – Pertubuhan radikal Cina, Dong Zong sekali lagi menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) membatalkan kajian soal selidik berkaitan pembelajaran Jawi dalam buku teks Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
Pertubuhan rasis itu turut meminta majlis pengelola sekolah Cina, PIBG dan persatuan-persatuan yang membabitkan ibu-bapa dan orang awam untuk terus teguh dengan pendirian menolak mod pembelajaran dan pengajaran Jawi.
Dong Zong dalam kenyataan mendakwa, modul pembelajaran Jawi KPM untuk SJKC dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) telah mencetuskan kontroversi yang hebat dan menerima tentangan yang meluas sebelum ini.
Dakwanya, hasil kajian soal selidik KPM tahun lepas telah membuktikan pelaksanaan pembelajaran modul Jawi KPM adalah suatu tindakan tidak popular, namun KPM enggan menerima kenyataan dan pandangan orang ramai, mahu terus membuat kajian soal selidik baharu bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Jawi.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi Dong Zong, sebanyak 1,275 buah SJKC iaitu 98 peratus di seluruh negara menolak modul pembelajaran Jawi.
“Tindakan KPM yang enggan menerima kenyataan, bukan sahaja membazirkan pelbagai sumber, menambahkan pecah-belah dalam masyarakat majmuk selain menyebabkan orang ramai rasa penat dan bosan,” dakwanya seperti dilapor Oriental Daily, Sabtu lalu.
Kenyataan itu turut memaklumkan, Dong Zong dan pemimpin setiap negeri sudah pun membincangkan perlaksanaan kajian soal selidik modul pembelajaran Jawi yang diarahkan oleh KPM.
Borang soal selidik yang diedar dan dikembalikan oleh sekolah-sekolah akan diberi tumpuan penting, selain penerangan akan diberikan jika perlu, untuk memastikan pendirian Dong Zong terus kekal.
Pada masa sama, melalui pelbagai saluran Dong Zong akan mengumpul maklumat status perlaksanaan modul pembelajaran Jawi dari SJKC di seluruh negara.
Menurut Dong Zong, pihaknya banyak kali menggesa KPM mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak bagi mencari penyelesaian untuk isu ini, tetapi sehingga hari ini, KPM tidak memberikan sebarang maklum balas.
“Sekali lagi kami memohon KPM mempercepatkan pertemuan dengan wakil pertubuhan pendidikan yang berkaitan, tubuhkan majlis pengajaran dan pembelajaran pelbagai bahasa secepat mungkin.
“Supaya semua pihak mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan, mempertimbangkan dan menyelia polisi pendidikan negara bersama selain menyelesaikan isu modul pembelajaran Jawi dengan baik,” katanya. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)