IA memerlukan pengorbanan masa, tenaga, kesabaran, pengurusan emosi yang luar biasa, pengurusan tenaga kerja yang menyeluruh, penguasaan maklumat, kecekapan beraksi di medan yang adakalanya sukar dan merbahaya, kepenatan fizikal yang luar biasa, terdedah kepada fitnah dan sebagainya. Hanya orang yang tabah yang mampu melakukannya. Dan ia sudah tentu lebih sukar dari sekadar mengharap syafaat ulamak, atau infak lebihan harta yang sudah memang akan dilepaskan.
Saya menyeru kepada mana-mana muslim yang mempunyai kecintaan untuk kembali kepada Allah dari kelalaian lampau, agar menghampirkan diri semula kepada Allah dengan cara ini. Berilah khidmat kepada masyarakat Islam dan manusia amnya. Ramai manusia yang memerlukan sumbangan masyarakat Islam untuk terus hidup di bumi bertuah ini. Pastikan kita bertaubat dengn cara yang paling menyampaikan kepada maksud.
Di sinilah mungkin rahsia kenapa sebahagian ulamak bersetuju dengan kaedah:
الثواب علي قدر المشقة
“Pahala diberikan atas kadarnya kepayahan amal itu.”
Wallahu a’lam.
Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)