Sifat Allah Yang Maha Pemurah

 

1. SEMALAM dalam episod pertama MyHadithTime kita membincangkan mengenai sifat Maha Pengasihnya Allah sehingga Dia merasa segan untuk menolak doa hambanya.

2. Sabda Rasulullah:

عَنْ سَلْمَانَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ رَبَّكُمْ تَبَارَكَ وَتَعَالَى حَيِيٌّ كَرِيمٌ، يَسْتَحْيِي مِنْ عَبْدِهِ إِذَا رَفَعَ يَدَيْهِ إِلَيْهِ، أَنْ يَرُدَّهُمَا صِفْرًا

Daripada Salman al-Farisi RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah itu mempunyai sifat Maha Pemalu dan Maha Mulia. Allah malu sekiranya hambanya mengangkat tangan berdoa kepadanya sedangkan dia membiarkan hambanya pulang dengan kekosongan.” (HR Abu Daud)

3. Ketika menghuraikan mengenai sifat yang Maha Pemurah Allah ini, al-Imam al-Nawawi dalam sebuah hadis yang lain menjelaskan bagaimana maksud malu tersebut adalah Allah akan melimpahkan kepada hambanya rahmat dan menjauhkan mereka dari azab. Kata al-Nawawi:

رَحِمَهُ ولم يُعذِّبْهُ، بل غَفرَ ذنوبَهُ، وقيل: جازاه بالثَّوابِ

Iaitu Allah akan memberikan kepadanya rahmatNya, tidak mengazab mereka bahkan mengampunkannya atau mengurniakan kepadanya pahala.

4. Begitulah sifat Allah Yang Maha Pemurah. Penjelasan lanjut mengenai hadith ini telah dikongsikan dalam episod semalam rancangan My #HadithTime.

Bagi yang telepas episod semalam boleh tonton di Telegram: https://t.me/MyHadithTime

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts