Jangan sia-siakan Ramadan

 

1. RAMADAN adalah bulan membersihkan diri dari segala dosa. Rasulullah mengingatkan kepada kita bahawa golongan yang rugi adalah golongan yang sempat bertemu dengan Ramadan, namun dosa mereka masih tidak diampunkan.

2. Atas dasar itu sebahagian salafussoleh terdahulu, apabila masuknya Ramadan mereka akan menyambutnya dengan menyebutkan:

“Apabila masuknya Ramadan mereka berkata: Selamat datang bulan yang menyucikan dosa” (Ibn al-Jauzi, Bustan al-Wa’i’zin).

3. Dengan sebab itu kita akan dapati Saidina Abdullah bin Amr memperbanyakkan doa agar disucikan dirinya daripada segala dosa saat ingin berbuka puasa. Ini kerana, waktu berbuka adalah di antara waktu yang mustajab untuk berdoa. Lalu Abdullah sentiasa berdoa saat berbuka dengan doa:

اللهم إني أسألك برحمتك التي وسعت كل شيء أن تغفر لي

“Ya Allah, aku memohon kepadaMu dengan segala rahmatMu yang sangat luas agar mengampunkan dosa-dosaku.”

4. Persiapkan diri kita dalam menyambut Ramadan. Jangan sampai kita menjadi orang yang rugi seperti yang diungkapkan di dalam hadis Nabi.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts