GAZA- Kelab Tahanan Palestin mendedahkan, terdapat 140 kanak-kanak Palestin di penjara negara haram Israel, termasuk dua yang berada di bawah tahanan pentadbiran.
Pendedahan itu sebagai menandakan Hari Kanak-kanak Palestin semalam.
Menurut Pertahanan untuk Kanak-kanak Antarabangsa-Palestin, setiap tahun antara 500 dan 700 kanak-kanak Palestin didakwa oleh Israel di mahkamah tentera.
Rejim Zionis dilaporkan masih menahan selain mendera kanak-kanak Palestin meskipun berhadapan dengan wabak pandemik COVID-19.
Sehingga akhir Mac 2021, kumpulan hak asasi manusia telah mengira 230 kanak-kanak Palestin yang ditahan oleh pendudukan haram Israel, kebanyakannya berasal dari Baitulmaqdis.
Bekas kakitangan Senat Amerika Syarikat (AS), Dylan Williams berkata, pelecehan terhadap kanak-kanak Palestin oleh peneroka Israel dan penangkapan mereka yang kerap oleh pasukan Israel merangkumi pola pelanggaran undang-undang antarabangsa.
“Ia juga mungkin pelanggaran berulang undang-undang AS sehingga peralatan ketenteraan AS digunakan,” katanya di akaun Twitter.
Hari Kanak-kanak Palestin diperingati pada 5 April setiap tahun. – Agensi
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)