Keputusan jururawat Islam pakai tudung dijangka Ogos depan

 

SINGAPURA – Pemerintah perlu bersiap-sedia untuk membenarkan jururawat Muslim memakai tudung bersama uniform mereka.

Kenyataan itu dikeluarkan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong selepas sesi dialog secara tertutup bersama komuniti Islam dan pemimpin agama pada Sabtu.

“Saya sudah maklumkan kepada mereka tentang persediaan yang perlu dibuat untuk langkah sedemikian kerana pemakaian tudung kini sudah menjadi satu kebiasaan di tempat kerja,” katanya.

Menurutnya lagi, pemimpin komuniti juga sedia maklum pemerintah sedang mempertimbangkan perkara itu.

“Kita perlu pastikan semua pihak faham dengan jelas tentang pelarasan yang diteliti ini. Ia bukan perubahan secara menyeluruh dan kami mahu mereka tahu tentang hadnya apabila ia dilaksanakan.

“Kita juga perlu pastikan rakyat Singapura, penduduk Islam dan bukan Islam bersedia untuk menerima langkah ini,” jelasnya sambil menambah proses itu dijangka mengambil masa dan beliau turut meminta pemimpin komuniti membantu pemerintah melaksanakan proses itu dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Hsien Loong juga berharap keputusan itu dibuat menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada akhir Ogos depan.

Difahamkan, dialog tertutup bersama komuniti Islam dan pemimpin agama tersebut adalah yang pertama disertai beliau sejak 2014 ketika isu pemakaian tudung dibangkitkan. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts