Solat terawih dan bilangan rakaat

 

1. Solat terawih dalam mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali adalah 20 rakaat. Dalam mazhab Maliki 36 rakaat. Begitulah amalan majoriti umat dalam masyarakat Islam untuk tempoh yang panjang.

2. Solat terawih 8 atau 10 rakaat masyhur di kalangan umat dan menjadi amalan umum dalam masyarakat agak lewat.

3. Kesemuanya ada sandaran masing-masing dan tidak ada pendapat yg salah dari segi syarak.

4. Punca perselisihan bilangan rakaat terawih adalah pada:

– perbezaan kaedah ulamak dalam menggeluarkan hukum (istidlal dan istinbat) dari dalil yang pelbagai

– perbezaan pada beza antara solat qiamullail (solat malam) dan solat terawih.

5. Dalil-dalil yang sahih terkumpul dlm masalah bilangan rakaat terawih:

– hadis Aisyah ra berkenaan solat Nabi di malam Ramadhan iaitu 11 rakaat termasuk witir. (Hadis perbuatan)

– hadis kata-kata Nabi bahawa solat sunat malam adalah dua rakaat dua rakaat (hadis kata-kata)

– riwayat Saidina Umar dan para sahabat solat 20 rakaat di zamannya (amalan sahabat)

– riwayat bahawa penduduk Madinah solat terawih 36 rakaat selepas zaman Nabi (amal penduduk Madinah)

6. Secara umum;

– ulamak yang mengatakan solat terawih 8 atau 10 rakaat mengambil dalil hadis Aisyah ra. 8 sebab depa tafsirkan witir 3 rakaat. Yang kata 10 sebab depa kata witir satu rakaat. Amal sahabat (amalan Umar ra yang solat 20 rakaat) tidak diterima oleh mereka sebagai dalil.

– ulamak yang mengatakan 20 rakaat mengambil amalan sahabat di zaman Umar ra. Amal sahabat dalam masalah ibadah menunjukkan ada petunjuk dari Nabi walaupun hadis ttgnya tidak diriwayatkan dalam kitab hadis. Ini metodologi jumhur ulamak dalam mengeluarkan hukum. Hadis Aisyah pada mereka tidak kuat kerana ia adalah hadis perbuatan. Hadis perbuatan boleh dipakai dalam perkara harus dan bukan dalam perkara wajib atau sunat.

– ulamak yang mengatakan 36 rakaat berpegang kepada riwayat tentang amalan penduduk Madinah pada kurun pertama Islam. Ini kaedah istinbat hukum mazhab Maliki, mereka mengambil amalan penduduk Madinah sebagai dalil syarak. Jumhur ulamak tak terima kaedah istinbat ini.

7. Tentang solat sunat malam atau terawih, ulamak sepakat bahawa apa juga solat sunat waktu mlm adalah berpahala tak kira apa juga solat. Sunnah untuk solat sunat malam adalah dibuat dua rakaat dua rakaat, dan rakaat ganjil pada witir.

8. Nama solat sunat malam berbeza ikut kaifiat. Tapi semuanya sunat dan berpahala. Cth solat tahajud, maksudnya solat sunat malam sejurus bangun dari tidur selepas Isyak. Solat hajat, maksudnya solat yg disertakan dgn doa untuk minta hajat khusus. Solat tasbih, solat sunat malam dgn bacaan tasbih pada rukun tertentu.

Solat terawih masuk dalam kategori solat sunat malam. maksudnya adalah solat yang ada waktu rehat selepas setiap kali selesai 4 rakaat. Oleh kerana terawih itu perkataan jamak yang menunjukkan banyak kali rehat, maka ulamak letakkan bahawa 20 rakaat lebih tepat untuk dipanggil terawih sebab ada 4 kali rehat di sepanjang 20 rakaat. Kalau 8 rakaat hanya satu kali rehat, jadi tidak sesuai dipanggil terawih.

9. Kesimpulannya semua pandangan ada sandaran tersendiri dan diiktiraf di dalam syariah. Amalan di Msia adalah mazhab Syafie. Tidak perlu untuk wajibkan satu pandangan dan menyalahkan pandangan lain.

Wallahu a’lam.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts