Arab Saudi buang frasa ‘Muslim sahaja’ di papan tanda ke Madinah

 

 

RIYADH – Pihak berkuasa Arab Saudi dilaporkan telah menggantikan frasa ‘Muslim sahaja’ atau ‘Muslims Only’ di papan tanda lalu lintas menuju ke Masjid Nabawi di Al-Madinah Al-Munawwarah, tempat suci kedua Islam selepas Makkah.

Beberapa gambar dikongsi di media sosial yang menunjukkan sekurang-kurangnya salah satu papan tanda lebuh raya kini digantikan dengan perkataan ‘Ke Kawasan Haram’ atau ‘To Haram Area’ yang merujuk kepada masjid di Madinah atau tempat suci.

Kebanyakan netizen Arab Saudi menyifatkan papan tanda baharu itu menunjukkan sikap toleransi kerajaan ultra-konservatif terhadap bukan-Muslim, yang dilarang keras memasuki kawasan suci.  

Di Madinah, hanya orang Islam yang dibenarkan berada di Dataran Nabawi. 

Sementara yang lain pula berpendapat, tindakan itu membantu mempromosikan Arab Saudi sebagai destinasi pelancongan yang popular bagi pelancong yang datang daripada pelbagai budaya dan latar belakang.

Ia merupakan aspirasi program Wawasan 2030 Arab Saudi yang dimulakan oleh Putera Mahkota Mohammad Bin Salman bertujuan untuk memacu ekonomi berasaskan minyak negara itu ke arah industri alternatif, termasuk pelancongan dan maklumat, komunikasi dan teknologi.

Setakat ini belum ada penjelasan atau kenyataan rasmi berkaitan dengan papan tanda jalan raya baharu itu. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts