BANGI – Aman Palestin Berhad mengajak umat Islam bersolidariti dan memberi sokongan terbaik terhadap rakyat Palestin yang berdepan tindakan biadab serta tidak berperikemanusiaan pengganas Israel.
Perbuatan rejim Zionis mencabuli keharmonian Masjid al-Aqsa wajib dihentikan, bahkan setiap gerak geri mereka dalam menjatuhkan Palestin wajar ditentang.
Pengarah Media dan Korporat Aman Palestin Berhad, Ustaz Anas Abdul Wahab Kasim menegaskan, Zionis Yahudi inilah kaum dan bangsa yang jijik yang sentiasa memecah-belahkan keamanan dan merampas hak mereka yang teraniaya.
“Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) serta negara-negara Islam yang lain sewajibnya bertanggungjawab penuh menghentikan rancangan pengganas ini.
“Serta memaksa penjajah Israel mematuhi undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi manusia.
“Justeru, bertindaklah sekarang wahai umat Islam, bangit menyatakan sokongan anda kepada saudara kita di Palestin dan pembebasan Masjid Al-Aqsa,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menegaskan, kegagalan untuk menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin dan kesucian Masjid al-Aqsa, serta masih ragu-ragu kebenaran bahawa masjid itu adalah milik mutlak umat Islam akan menjadi penyebab kepada kegagalan menjadi seorang mukmin bertanggungjawab.
“Zionis Yahudi akan sentiasa mencetuskan kerisauan, ketegangan dan ancaman keselamatan kepada dunia dan rakyat antarabangsa yang pastikan akan merugikan umat Islam.
“Adakah anda masih ingin mencari bukti kekejaman mereka? Diam dan berkira-kiranya kita dalam bertindak bermakna kita masih belum bersedia mengiktiraf mereka sebagai penganas antarabangsa yang hakiki dan kita masih belum lagi memahami hakikat siapa pemilik sebenar Palestin dan Masjid Al Aqsa,” tegasnya.
Pada masa sama, Ustaz Anas tidak menolak kemungkinan umat Islam akan menerima nasib sama seperti warga Palestin sekarang sekiranya tidak bertindak proaktif.
“Yakinlah kita selagi mereka terus berkuasa di bumi Palestin, selagi mana kita belum melakukan sesuatu yang proaktif daripada diri kita sendiri untuk memahami siapakah musuh sebenar.
“…dan masih ingin berbaik-baik atau masih buta hati, siapakah sebenarnya pengganas antarabangsa ini, kita pasti akan menerima nasib yang sama yang dihadapi oleh warga Palestin hari ini,” katanya.
Selain itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak berteraskan keuntungan itu turut mengajak orang ramai menghulurkan bantuan dan sumbangan bagi membantu mengembalikan semula kehidupan warga Palestin seperti dahulu yang aman dan makmur. – Ismaweb
Mereka yang ingin menghulur sumbangan boleh berbuat demikian menerusi pautan jommenyumbang.com/ms/kempen/ramadan-bersama-1
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)