Negara haram Israel tutup sempadan, sekat bantuan ke Gaza

 

GAZA – Sekumpulan konvoi trak bantuan antarabangsa yang dalam perjalanan ke Gaza melalui Karem Abu Salem (Kerem Shalom) – sebuah persimpangan sempadan dengan Israel – dihentikan susulan tindakan negara pengganas menutup persimpangan dengan alasan serangan mortar di kawasan berkenaan.

Langkah pada hari Selasa dilakukan sejurus selepas COGAT – unit ketenteraan yang menyelaraskan urusan awam rakyat Palestin – mengumumkan pembukaan sementara sempadan untuk penghantaran bantuan.

Sekiranya persimpangan Keram Abu Salem dan Beit Hanoon (Erez) ditutup, Gaza akan ‘lemas’ kata penasihat media untuk Timur Tengah di Majlis Pelarian Norwegia, Karl Schembri kepada Al Jazeera.

“Oleh itu, sangat penting persimpangan dibuka.

“Mereka ini bukan sahaja memerlukan barang keperluan bahkan sekarang ini memerlukan bantuan kemanusiaan yang penting.

“Dan Israel perlu memberi jaminan bahawa barang-barang ini akan diberi laluan selamat,” katanya.

Katanya lagi, perlu ada koridor kemanusiaan dan gencatan senjata supaya para pekerja dapat masuk dan menilai keperluan rakyat.

“Tidak ada penghantaran yang dapat dilakukan sementara pengeboman berlanjutan,” katanya.

Semalam, agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, lebih daripada 52,000 penduduk Palestin kini dipindahkan ekoran serangan udara Israel yang telah memusnahkan atau merosakkan hampir 450 bangunan di Semenanjung Gaza.

Kira-kira 47,000 yang terlantar telah mencari perlindungan di 58 sekolah yang dikendalikan PBB di Gaza, kata Jens Laerke, jurucakap Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) di Geneva kepada wartawan. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts